`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 12, 2013

Video 2 selepas ARE U READY... PSY tak joint politik bodoh BN..!!




TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN

PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.

Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.

Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!

Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy!

Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.

Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.
Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.

Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi.

Namun demikian, adalah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini.

Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN.

Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang

Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya.

Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan.

Perkara yang lebih teruk berlaku selepas itu kepada Najib. Dalam ucapannya, dia telah menyebut Kolej Han Chiang beberapa kali sebagai 'Han Yang' menjadikan penonton mengeboonya beberapa kali. Implikasi bahawa dia sebenarnya tidak ikhlas sudah nyata sama sekali, dia sudah tidak mampu memenangi hati orang ramai lagi.

Walau dengan pengumuman bahawa BN akan membina 20,000 rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang, ia hanya disambut dengan tepukan kurang memberangsangkan dari orang ramai dan jaminannya untuk "memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang" telah dicemari dengan penonton menjerit " cepatlah habis" dan "kami mahu Psy".

Apabila Najib menyatakan semula janji yang telah dinyatakan oleh mantan pm Mahathir Mohamad bahawa kerajaan persekutuan akan mengadakan dana untuk membina monorail untuk Pulau Pinang, beberapa tepukan kedengaran termasuk beberapa sindiran "bina dululah".

Psy "bijak dan adil"

Dalam menunggu persembahan Psy, ramai di antara rakyat Malaysia yang telah merayu Psy dalam laman Facebooknya untuk menolak pelawaan BN yang ternyata adalah satu 'gimik politik' untuk menggambarkan bahawa Psy mengesyorkan agar rakyat mengundi BN.

"Tingkah laku Psy menunjukkan bahawa dia bersependapat dengan rakyat Malaysia. Mereka mahu menyaksikan persembahannya dan bukan melihat dia dipergunakan oleh Najib dan Gerakan untuk menunjukkan sokongan pada BN. Undi adalah suatu perkara yang serius dan bukannya sarkis perhubungan awam bagi Chang Yeow menunjukkan kemahiran menguruskan sesuatu untuk mengipas Najib dan keluarganya," kata Tan Kee Kwong, pemimpin senior pakatan Pembangkang dalam parti PKR kepada Malaysia Chronicle.

Saya lega kerana Psy begitu bijak dan adil. Tiada sebab kenapa dia perlu menyokong BN. Ini bukan sesuatu yang baik untuk politik mahupun reformasi. Mereka cuba mempergunakannya, jadi kenapa dia perlu menyokong ahli politik yang tidak ikhlas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.