Video dan artikel menarik yang mendedahkan wayang kulit Anwar.
Sila baca di bawah :
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah secara rasmi menarik balik ucapan berfahaman pluralisme agama yang pernah diucapkan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 kata A Karim Omar, malah masih meneruskan ucapan-ucapan yang masih membawa fahaman tersebut, meskipun telah ditegur.
“Sehingga hari ini Anwar belum secara rasmi menarik balik ucapannya di LSE (nokhtah!). Yang berlaku adalah Anwar hanya sekadar mengarah adminnya keluarkan teks ucapannya itu dari blognya, mengakui teks ucapannya ‘sedikit longgar’ dan berjanji akan memperbetulkannya, namun sehingga ke hari ini masih belum memperbetulkannya.
“Selepas perjumpaan di rumah Prof Osman Bakar, 2 Jan 2011, Anwar masih bercakap dalam syarahan-syarahannya di beberapa tempat dengan sikap yang berkekalan dan selari dengan ucapannya di LSE tersebut.
Lihat video di bawah :
Satu lagi pembohongan Anwar
"Malah dalam satu ucapan di Gombak, Anwar mengatakan orang-orang yang komen ucapannya di LSE itu tidak faham bahasa Inggeris kerana ucapannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Dan dalam ucapan lain pula dia berdalih dengan helah lain – tertakluk kepada hadirin yang mendengar ceramahnya,”katanya ketika memberi ulasan dalam artikel bertajuk “Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar.”
A. Karim yang juga Setiausaha Agung MUAFAKAT memberi komen itu sebagai mengulas seorang pembaca di laman ini yang mendakwa ucapan Anwar di LSE telah selesai apabila Ketua Umum PKR itu telah menarik balik teks ucapan di blognya.
Pembaca itu memberi komen terhadap Prof. Datuk Dr. Sidek Baba yang berkata salah satu sebab beliau meninggalkan Anwar disebabkan sahabat lamanya itu telah menganut fahaman pemikiran liberal serta pluralisme agama yang terbukti melalui ucapannya di LSE, pada 2010.
A.Karim berkata berkata selepas berucap di LSE pada 18 Mac 2010, tujuh bulan kemudian, Anwar sekali lagi dijemput berucap di sarang Liberal Indonesia, Komunitas Salihara pada 11 Oktober 2010.
Selepas tiga bulan Anwar berucap tajuk “kebebasan dan musuh-musuhnya’ kepada kelompok jaringan Islam Liberal Indonesia, barulah Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan kumpulan ustaz Ismail Mina di rumah Profesor Osman Bakar.
“Ini terbukti kerana dalam perjumpaan di rumah Prof Osman Bakar, apabila dia (Anwar) dikatakan akrab dengan tokoh-tokoh Liberal Indonesia, (namun) Anwar cuba menidakkan dengan berkata bahawa dia di Indonesia dia “bertempur dengan puak-puak Liberal”.
“Manakala semasa perjumpaan dengan puak-puak Liberal di Jakarta (selang sekitar 3 bulan), dia berkata bahawa dia di Malaysia “bertempur dengan puak-puak Islam”.
“Hebatnya perancangan Allah ialah kedua-dua ucapan ini dirakam. Dan telah pun disiarkan di AIDC ini. Dan hebatnya perancangan Allah ialah Anwar mengguna istilah yang sama “BERTEMPUR” terhadap dua golongan berbeza dan situasi berbeza.
"Inilah kehebatan PEMBOHONGAN Anwar yang ditelan hidup-hidup oleh fanatikus Anwar,”katanya - AIDC
Apakah Anwar berani menafikan pendedahan yang memalukan beliau ini?
- DrMiM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.