`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

Adakah VVIP Ini Yang Dimaksudkan Oleh Salahuddin Ayub Akan Sertai PAS?



Baru-baru ini khabar angin bertiup kencang mengatakan bekas MB dari negeri sebelah utara akan sertai Pakatan Rakyat. Ini di kuatkan lagi dengan kenyataan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (baca sini).

Jikalau betul dari info yang di terima, Addin rasa individu yang di maksudkan oleh Salahuddin Ayub adalah Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh. Berikut sedikit biografi Tan Sri yang di petik dari wikipedia..

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh adalah Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 (2003-2009). Beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Kangar dan Arau. Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis ke-4 (1986-1995).

Abdul Hamid dilahirkan pada27 Julai 1944 di Pulau Pinang.Bersekolah di Sekolah Melayu Kangar dan Penang Free School, Pulau Pinang. Kemudian belajar di Decca College, Karachi, India. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Ketika itu, Karachi, Pakistan masih di bawah negara India.

Dia berkahwin dengan Elham Hamid Abdullah (Elsie Sarstedt McCarthy) semasa belajar di Karachi dan mendapat lima anak iaitu Tania, Farah, Natasya, Sharif dan Jamal.

Sekembali ke Malaysia, beliau bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur , kemudian pindah ke Hospital Kangar, Perlis. Abdul Hamid berhenti dari perkhidmatan awam dan membuka klinik sendiri.

Beliau berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau menang bertanding di Parlimen Arau, Perlis dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 . Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.

1986 beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986 .Pada Ogos 1986 Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008).

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau bertanding semula di parlimen Kangar.

Beliau menjadi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara sejak 7 Julai 2003 dan disambung lagi pada 19 Julai 2006 untuk penggal kedua. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan cadangan itu dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dan disokong oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman, di Dewan Negara.Pada 6 Julai 2009, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Tempat beliau akan diambil alih timbalannya, Wong Foon Meng, 55, yang juga Setiausaha Agung MCA mulai 7 Julai 2009.~wikipedia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.