`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 15, 2013

Ahli Umno: "Kami tak mahu keluar mengundi, nak pakai baju Umno dan BN pun malu"


DUN Seri Setia
Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Seri Setia itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon.

Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang.

"Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih.

"Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal.  Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," 
dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail.

Mereka yang berhimpun di luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka.

"Kami tak mahu keluar mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan tersebut.

Salah seorang peserta perhimpunan tersebut turut memberitahu bahawa Tengku Riduan telah mengadakan pertemuan dengan ketua pusat mengundi di DUN tersebut malam tadi dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut.

Mereka mendakwa pertemuan itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari ini, (semalam).

"BN dan Umno boleh menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari.

DUN Seri Setia mempunyai 16 pusat daerah mengundi.- Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.