`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

APA KEGIATAN SPOWWA DAN WHO THE BOSS?




Saudara Pengarang,
BEBERAPA hari yang lepas termasuk cuti sabtu dan ahad kegiatan yang kononnya aktiviti SPOWWA telah giat berlaku di premis Who The Boss, satu-satunya prasarana pelindung kebajikan dan penetapan warga Filipina di Sabah.

Saya berasa curiga kerana bilangannya yang ramai dan berlanjutan selama beberapa hari memerlukan penjelasan yang rapi. Satu-satunya yang aktif diiklankan di dinding bangunan oleh Who the Boss adalah Agensi Pekerjaan Swasta yang mengatur perkahwinan orang Filipina dengan pasangan tempatan.
Bagaimanapun, bilangannya seolah-olah menunjukkan aktiviti yang lebih daripada itu. Menjelang pilihan raya umum dan kenyataan bilangan pengundi berdaftar oleh media massa hanya menambahkan lagi kemusykilan di sebalik perhimpunan mereka ini kerana proses pemutihan pasti tidak dijalankan di premis itu.

Lebih-lebih lagi nama premis Who The Boss memberi tanggapan yang buruk dan membayangkan soal ketuanan. Saya ingin mencuba bertanya tapi tidak mempunyai kaedah dan pendekatan supaya tidak dicurigai.

Sayang sekali orang ramai yang makan di Kedai 88 dan lalu lalang tidak menghiraukan keluar biasaan aktiviti ini. Di harap Sabahkini.net membuat liputan dan menyiarkan apa yang terjadi di sebalik operasi ini walaupun jika akhirnya hanya niat yang baik di sebalik operasi Who the Boss untuk ketenteraman semua.

Salam Hormat,

QUINTIN M. IDANG

(NOTA : Sabahkini.net telah menyampaikan bantahan ini kepada Pengarah Imigresen dan Task Force yang bertanggung memantau kemasukan pendatang asing ke negara ini kerana tidak mempunyai locus standi menjalankan penyiasatan sekalipun syarikat berkenaan memungut wang untuk membuat kad ahli daripada warga asing yang tidak berdokumen).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.