`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 8, 2013

BAKAL CALON USNO SEMPORNA DICULIK?






Oleh : MUTALIB M.D

PRESIDEN Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha sebentar tadi mengesahkan bakal Calon USNO di Parlimen Semporna, Salleh Haji Abdul Salleh dikhuatiri diculik kerana tidak dapat dikesan sejak 14 Mac lalu.

Menurut Badaruddin, pihaknya mengalami jalan buntu setelah Salleh tidak dapat dihubungi selepas mereka berjumpa kali terakhir pada 13 Mac lalu dan keluarganya telah membuat laporan polis berhuung kehilangan Salleh.
"Beliau (Salleh) telah bersetuju untuk mewakili USNO menentang Calon UMNO di Semporna pada PRU-13. Tetapi apabila kami cuba menghubungi beliau untuk menandatangani borang pencalonan, Salleh tidak dapat dikesan. Malah keluarganya juga sedang berusaha mencari beliau. Kita tidak menolak kemungkinan beliau diculik kerana insiden penculikan dua pekerja di tempat Salleh bekerja tahun lalu masih menghantui kita selama ini," ujar Badaruddin yang mengesahkan setakat ini USNO akan meletakkan calon di lima kawasan termasuk Semporna.


Pemilihan Salleh sebagai calon USNO Semporna, kata Badaruddin berdasarkan kredibiliti dan daya kepimpinannya sebagai Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan Semporna sejak 20 tahun lalu.

Tambahan pula kata Badaruddin, Salleh adalah generasi muda dan anak jati tempatan Semporna yang mempunyai susurgalur tulen dan memenuhi kriteria perjuangan USNO pada masa akan datang.

Menurut Badaruddin, Salleh merupakan anak salah seorang pejuang kemerdekaan Sabah iaitu Hj.Abdul Salleh Khatib Ali @ Gupurani dari keturunan para Ulama terkenal Daerah itu semenjak zaman Magindora di antaranya Imam Misuari Khatib Sarahari, Keturunan Panglima dari waris Panglima Ripahani @ Ripah serta pewaris kepada beberapa buah Pulau di persekitaran Semporna; termasuk Pulau Sebangkat Taman Marine Tun Sakaran, Pulau Si Amil, Denawan dan Pulau Sepanggau yang terdapat di Daerah itu.

Kepimpinan Salleh, kata Badaruddin terserlah melalui PNK Semporna sejak berusia 22 tahun dan menjadi pengasas kepada PNK Sabah sejak 1993.

Melalui usaha gigih dan kerja keras Salleh, kata Badaruddin, maka pada hari ini PNK telah menubuhkan 17 cawangan di Seluruh Sabah dengan kerjasama LKIM.

Salleh juga merupakan salah seorang Pelopor Industri Rumpair laut Negara atau Seaweeds di Sebangkat Reef sejak 20 tahun lalu dan mengadakan projek kerjasama dengan UMS (Universiti Sabah Malaysia) dalam Industri itu melalui STREP Sdn. Bhd yang sedang berjalan pada hari ini.

Dengan kedudukan Salleh sebagai Setiausaha Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park) sejak Taman Marin Tun Sakaran di wartakan pada 2004 termasuk 8 buah pulau iaitu Sebangkat, Selakan, Sibuan, Maiga, Tatagan, Gaya, Mantabuan dan Bohey Dulang yang mempunyai komuniti Nelayan seramai 3,000 orang.

Maka dengan pengalaman kepimpinan dalam NGO, susurgalur keturunan yang serta pewaris Kepimpinan di kawasan Semporna serta anak jati Sabah dari waris anak tempatan Semporna, maka kata Badaruddin, USNO melihat beliau sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi wakil rakyat di kawasan itu untuk meneruskan legasi Semporna.

"Kita berharap agar dapat menemui beliau sebelum hari penamaan calon kerana beliau menjadi harapan generasi muda Semporna," kata Badaruddin yang yakin Salleh mampu menewaskan calon BN di Semporna pada PRU-13.

Dalam pada itu, perisik Sabahkini.net di Semporna mengesahkan ada saksi yang melihat Salleh dibawa beberapa orang pegawai polis berpakaian preman sekitar 14 Mac tetapi atas sebab keselamatan diri mereka, tidak ada saksi yang berani memperkenalkan diri.

Cubaan Sabahkini.net untuk mendapat pengesahan polis Semporna juga gagal tetapi dipercayai Salleh ditahan untuk soal siasat berhubung laporan pihak tertentu atas arahan 'Dua Datuk' dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Polis enggan memberikan pengesahan tangkapan berkenaan dan Sabahkini.net gagal menemui Peguam Keluarga mereka, Abdul Ghani Zelika yang dimaklumkan perisik Sabahkini.net berada di Balai Polis Semporna, dua hari selepas Salleh ditangkap polis.

Sabahkini.net terpaksa menunggu sehingga 11 April iaitu genap 28 hari setelah Salleh dikhuatiri ditangkap di bawah SOSMA, iaitu Akta yang membolehkan suspek ditahan polis selama 28 hari bagi membantu siasatan polis.

Sabahkini.net masih menunggu pengesahan Menteri Dalam Negeri sama ada Salleh ditangkap di bawah SOSMA atau ada motif politik sebagaimana yang berlaku di zaman pemerintah USNO apabila calon yang berpotensi ditangkap dan dipenjarakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.