`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 17, 2013

CHONG KAH KIAT Vs V.K LIEW DI SANDAKAN?





Oleh : CCKK
ADAKAH mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat bakal membuat kejutan dengan membuat penampilan semula dalam pilihanraya umum kali ini?

Lebih mengejutkan lagi apabila penampilan kali ini dilihat sebagai pertemuan di antara guru dan anak murid yang sudah pastinya akan menarik perhatian bukan sahaja dalam negeri Sabah, tetapi seluruh Malaysia.
Ura-ura mengenai Chong yang akan bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) timbul semula selepas gambar beliau disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan bersama dengan Lim Kit Siang yang membuat lawatan ke rumah beliau di Kota Kinabalu, tahun lepas.

Sejak itu, beliau sentiasa dihujani pertanyaan samada benar beliau akan bersama dengan PR. Namun baru-baru ini, beliau menepis sinis pertanyaan pihak media dan menyangkal dakwaan itu.

Apakah sebenarnya strategi yang digunakan Chong dalam menafikan pertanyaan media? Apakah beliau bersama-sama dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat untuk mengumumkan kemunculan semula beliau ini pada minit-minit terakhir agar musuh tidak sempat menyusun strategi? Persoalan penting ialah apakah beliau sedia bertanding?

Sumber mengatakan bahawa, jika beliau kembali, kini beliau akan memakai ‘baju’ lambang PKR sebagai wadah politik baru beliau. Tetapi komunikasi di antara beliau dengan pemimpin-pemimpin PR dikatakan memang berlaku. Buat masa ini, apa yang Chong nafikan di akhbar masih tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Chong Kah Kiat lawan V.K Liew di Sandakan adalah kemungkinan tajuk akhbar yang akan membuat Presiden LDP V.K Liew tergamam seketika, apatah lagi bila mendengar calon yang bakal menentang beliau untuk P.186 Sandakan tidak lain dan tidak bukan ialah bekas presiden dan guru beliau sendiri.
V.K Liew juga seharusnya berasa cemas kerana kerusi parlimen Sandakan yang dipegangnya seolah-olah telur di hujung tanduk.

Jika dilihat pada statistik 2008 dahulu, V.K Liew memperolehi undi sebanyak 8,297; Shanty Chong dari DAP mendapat 8,121 undi manakala calon bebas Fong Vun Fui mendapat 2,929 undi.

Jika dijumlahkan kedua-dua undi DAP dan bebas, ia mengatasi jumlah undi yang diperolehi V.K Liew. Sekiranya pertarungan kali ini adalah dua penjuru, maka V.K Liew mempunyai sebab untuk merasa ‘sawan’ kerana kemungkinan besar separuh daripada jumlah undi bebas akan pergi kepada Chong (Kah Kiat).

Manakala sokongan yang diperolehi DAP ketika itu dijangka kekal kepada pembangkang kerana pengundi di sana kebanyakan masih kecewa dengan tindakan Shanty Chong yang dikatakan tidak meneruskan tindakan beliau terhadap V.K Liew kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.

Dalam sedikit masa sahaja lagi, pengumuman akan dibuat samada Chong akan kembali aktif. Perhatian media massa tentunya akan tertumpu kepada parlimen ini dan diri Chong Kah Kiat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.