`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 15, 2013

INTI PATI Vs ANTI PATI






Oleh : MUTALIB M.D
PENGUMUMAN Calon PRU-13 BN yang dijadualkan pada hari ini (Isnin) mungkin akan mengejutkan ramai pihak jika senarai berkenaan tidak dipinda di saat akhir. Kejutan yang bakal dilakukan Najib menyerlahkan transformasi politik yang beliau janjikan, sekalipun tidak disukai ramai pihak.

Malangnya, keputusan muktamad Najib untuk memilih seseorang calon tersebut berdasarkan beberapa faktor sekalipun tidak disukai pengundi, pemimpin parti dan penyokong akar umbi.
Calon spesis 'Tunggul Mati', 'Pokok Pisang', 'Nasi Tambah', 'Nasi Bungkus', 'Tong Sampah' dan 'Badukang' (Ikan Sembilang) masih menjadi ancaman besar kepada BN untuk mendapatkan Majoriti dua pertiga di Parlimen dan beberapa negeri jika Najib tidak mengamalkan saiwar ala Sun Tzu.

Majoriti rakyat Sabah 'tidak peduli' siapa dipilih kerana sejak merdeka mereka hanya mendapat pemimpin 'Angguk-Angguk' setelah Pembangkang mengajar mereka erti 'Geleng-Geleng' yang belum memberikan sentuhan kecundang; melainkan pada PRU-12 yang ternyata lebih kepada 'Temberang Kacang'; terutama peristiwa 16 September 2008.

Bagi abang ipar saya di Batu Sapi, Daniel Abdul Ganih, sama ada Samsudin Yahya atau Datin Linda Tsen dipilih sebagai calon BN atau tidak; langsung tidak memberikan sebarang erti kepada beliau.

Samsuddin pernah memberikan hadiah paling berharga iaitu menyalah gunakan 'kuasanya' membatalkan elaun kebajikan untuk anak Daniel yang mengidap Autisme dan terpaksa meminta bantuan PAS setelah Samsuddin atau Linda tidak langsung mempedulikan rayuan beliau dan 10 keluarga yang diroboh rumah mereka di Kampung Lupak Meluas bagi memberi laluan kepada Projek Rumah Mesra Rakyat dan Masjid Batu Sapi.

Bagi Daniel, jika diletakkan 'Patung Anjing' pun boleh menang kerana Batu Sapi menyokong BN; bukannya menyokong Calon yang terbukti selama ini belum pernah membela mereka, termasuk Samsuddin yang mendapat jolokan 'YB Ko-Nelayan' dan 'YB Anaconda' kerana terlibat dalam kes Subsidi Diesel.

Dalam pada itu, hasrat Najib untuk menggugurkan kesemua 4 Wakil Rakyat di Silam iaitu Salleh Kalbi (Parlimen Silam), Datu Nasrun Datu Mansur (DUN Lahad Datu), Suhaili Said @ Ustaz Yassin (DUN Tungku) dan Nilwan Kabang (DUN Kunak) disambut baik kerana rakyat tahu mereka mempunyai skandal masing-masing, namun lobi melobi membingungkan Najib dan pemimpin 'Syok Sendiri' masih tidak berputus asa dan masih berkampung di Kuala Lumpur untuk menanti Majlis Penyerahan Senarai Calon BN pada hari ini.

Desas desus bahawa adik salah seorang Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Haji Mohd Yusof Apdal akan dicalonkan di DUN Lahad Datu menggantikan Nasrun yang berpindah ke Parlimen Silam telah menghangatkan politik Silam.

Sekalipun penyandang, Salleh Kalbi masih terus melobi melalui pelbagai cara, namun pastinya Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha Abd Wahid juga berpeluang mewakili DUN Tungku yang sebelum ini diwakili Suhaili yang begitu nekad menulis janji politik di atas Surah Yassin dan 'menipu' Najib dalam Kes Mini Estet Sejahtera (Mesej Kg Nala).

Bak kata pepatah, seburuk-buruk daging, jika dicuci dan dimasak kari, tidak akan terasa busuknya. Begitu juga ikan yang dibeli di pasar harus disiang sebelum dimasak kerana sisik dan darah tidak boleh dimakan.

Beginilah perihalnya dengan majoriti calon yang masih enggan mengaku kalah dan memperagakan diri dengan pelbagai cara agar terpilih membawa panji-panji BN sekalipun mereka sebenarnya hanya layak menjadi 'mangkuk tandas' kepada rakyat.

Ramai pemerhati politik meramalkan Najib terpaksa memastikan BN menang besar jika ingin terus menjadi Perdana Menteri atau terpaksa mengikut jejak Pak Lah jika menang tipis; apatah lagi berlaku sabotaj dalaman yang semakin menyerlah, terutama di kalangan pemimpin kanan UMNO termasuk di kalangan Naib Presiden UMNO.

Sukarnya Najib memilih calon PRU-13, lebih sukar daripada keputusan yang terpaksa dibuat Tun Mahathir ketika mahu memecat Anwar Ibrahim; sekalipun sebelumnya telah memberi jaminan bahawa Anwar akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Daripada 25 Ahli Parlimen dan 60 Adun di Sabah, Najib sepatutnya memecat 20 Ahli Parlimen dan 50 Adun yang selama ini menjadi liabiliti kepada BN untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang telah hilang akibat Tsunami Politik 2008.

Jumlah Wakil Rakyat yang perlu dicantas Najib bukanlah sedikit dan akan menjadi senjata makan tuan jika mereka berkomplot. Maka Anwar tidak perlu kerja keras dan membazirkan wang ringgit untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau hanya perlu 'membeli' calon BN yang menang dan merealisasikan impiannya yang tergendala pada 16 September 2008.

Parti Komponen BN masih belum memahami intipati transformasi yang dibawa oleh Najib terutama kesungguhannya menangani masalah PATI melalui penubuhan RCI di Sabah; jika calon yang mengalami krisis identiti atau yang terlibat dengan 'Ops Durian Buruk' masih disenaraikan sebagai calon BN dalam pilihanraya paling getir ini.

Kesatuan pemimpin KDM berhubung isu RCI hanyalah 'Perpaduan Ala Tahi Kambing' yang bersatu di dalam 'Tataba' tetapi terburai di luar. Mereka hanya menjadikan RCI dan Sindrom 'Anti Pati' sebagai 'Modal' atau 'Fixed Deposit' politik untuk memborong lebih banyak kerusi bagi parti dan kaum yang mereka wakili.

Manakala masyarakat Tiong Hua sudah kehilangan 'Pemimpin Agung' setelah era Lim Guan Seng dan Chong Kah Kiat; bahkan terpaksa melukut di tepi gantang untuk mendapat tempat dan bakal menjadi habuan 'Pakatan Rakyat' jika tidak mendapat sokongan daripada UMNO yang mendominasi politik Sabah.

Apa pun keadaannya, kita tunggu pengumuman yang akan dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman setelah mendapat senarai muktamad daripada Perdana Menterikerana sehingga sekarang tiada siapa yang tahu senarai muktamad calon BN melainkan Najib dan Setiausaha Agung UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.