`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 9, 2013



Isu kenaikan harga barang adalah isu yang paling ditakuti oleh UMNO dan BN. Makanya, mereka mencipta isu2 palsu seperti video seks palsu, isu murtad, isu kalimah Allah dsbnya bagi menghalang Pakatan Rakyat dari bercakap berkenaan isu harga barang.

Hakikatnya, kemenangan Barisan Nasional kelak akan diikuti dengan kenaikan harga barang, harga minyak, harga air, harga tenaga eletkrik, harga tol, harga rumah dsbnya.

Kenaikan2 ini adalah perlu memandangkan Najib Tun Razak secara pribadi telah menaikkan hutang negara sekaliganda dalam masa kurang dari 4 tahun.

Tanpa kenaikkan ini maka kedudukan kewangan negara akan goncang dan kemungkinan pertumbuhan negara akan terbantut sama sekali.

Maka nya, Pakatan Rakyat perlu mengkehadapankan isu ini dalam setiap ceramah, risalah, propaganda, perjumpaan, dialog dsbnya. Isu ini perlu diulang dan diulang dan diulang sehingga bosan dan muak.

Jangan dilayan lagi Papagomo, Parpukari, Hasan Ali, Zul Nordin, Berahim Al Kataki, PERKOSA serta isu-isu yang dinaikkan dalam TV dan media UMNO.

Malahan, tidak perlu tunggu jentera2 Pakatan Rakyat para pembaca sekelian pun harus bercakap berkenaan isu ini kepada sahabat handai serta ahli keluarga masing2.

Tekankan berulang-ulang kali bahawa kemenangan UMNO/BN kelak akan diikuti oleh kenaikan harga barang keperluan, minyak dsbnya.

Misalnya, mereka cuba mencipta isu Papagomo bertanding di Permatang Pauh. Padahal, Papagomo itu adalah banduan. Sudah tentu beliau tidak layak bertanding dalam pilihanraya.

TULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.