`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 24, 2013

Mana satu nama Najib yang betul?


Perdana Menteri guna nama Mohd Najib bin Hj. Abd Razak untuk pilihan raya dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam mahkamah.
PETALING JAYA: Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah menggunakan nama yang berbeza dalam borang pencalonan kerusi parlimen Pekan, Sabtu lalu.
Pengerusi Barisan Nasional menggunakan nama Mohd Najib bin Hj. Abd Razak untuk menyerahkan borang pencalonan kerusi parlimen Pekan, manakala dalam afidavit bagi mengenepikan sapina saman dalam Mahkamah Timggi Kuala Lumpur oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 dan 23 September 2011, beliau menggunakan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kata pesara polis itu.
Kata Mat Zain, kedua-dua afidavit sokongan dan pembetulan diikrarkan atau diperakukan dan ditandatangani oleh Najib sendiri.
Beliau juga mendakwa, Najib telah menyembunyikan percanggahan mustahak berkaitan nama beliau daripada pengetahuan pegawai pengurus tersebut.
Katanya, dengan demikian, beliau boleh dikatakan telah memperdayakan pegawai berkenaan, untuk mempercayai bahawa tidak ada sebarang isu atau percanggahan berkaitan nama Najib.
Kerana terpedaya, tambah beliau, pengurus berkenaan telah menerima dan mengesahkan Najib layak bertanding menggunakan nama Mohd.Najib bin Hj.Abd.Razak tanpa pertimbangan atau siasatan lanjut.
`Ketinggalan yang disengajakan Najib’
“Ketinggalan yang disengajakan oleh Najib dalam hal ini ialah, beliau tidak mengisytiharkan kepada pegawai pengurus tersebut bahawa terdapat percanggahan material pada nama beliau sendiri, dalam afidavit dan dalam borang penamaan calon beliau.
“Jika Najib telah membuat pengisytiharan tersebut, nescaya pegawai pengurus berkenaan terpaksa membuat pertimbangan lanjut, kerana ianya melibatkan afidavit yang telah diterimapakai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, malah sesuatu keputusan telah dibuat berdasarkan afidavit tersebut.
“Pegawai pengurus SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengenepikan atau menolak afidavit yang telah diterima oleh sebuah mahkamah, lebih-lebih lagi sebuah Mahkamah Tinggi,” katanya.
Mat Zain berkata demikian dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Bagaimanapun, beliau percaya pegawai pengurus berkenaan tidak akan lakukan, jika percanggahan mustahak itu tidak disorokkan daripada beliau oleh Najib.
“Perlu diingatkan bahawa perbuatan dengan sengaja menyembunyikan sesuatu fakta material adalah satu perdayaan sepertimana yang dimaksudkan dalam Kanun Keseksaan.
“SPR tidak mempunyai kuasa untuk “indemnify” mana-mana orang atau sekalipun Perdana Menteri jika terperangkap dalam kemelut seperti ini.
“Taraf Najib dan syarat-syarat sebagai calon yang mengemukakan borang pencalonan pada hari tersebut adalah sama dengan calon-calon lain juga.
“Pada pendapat saya, SPR tidak ada pilihan lain dalam perkara ini, melainkan untuk menyemak semula borang pencalonan Najib dan membatalkan kelayakan beliau untuk bertanding dalam PRU 13 ini diatas sebab teknikal,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.