`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 9, 2013

Masalah Air di Malaysia. Semakin Serius di Selangor & Kelantan? Barisan Nasional (BN) Mahu Bantu Anda Rakyat Kelantan & Pahang!


Staff Berita Semasa
 
Krisis Air Di Selangor 

Nampaknya apa yang didakwa pihak Barisan Nasional sedang berlakunya krisis dan masalah air di Selangor yang semakin dahsyat di sana, kini mereka tampil ke hadapan dengan cuba memberikan komitmen yang lebih tinggi kepada rakyat Selangor amnya apabila Barisan Nasional memasukkan usaha membantu anda semua kalangan rakyat Selangor dengan cara menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.  Caranya?

Caranya mudah sahaja sekiranya rakyat Selangor memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan baru Selangor, mereka akan meluluskan semula untuk meneruskan projek mega Loji Langat 2 bernilai RM8.6 bilion (KLIK SINI) yang telah mendapat halangan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ini.

Manifesto Barisan Nasional Selangor

Nampaknya Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk menawan semula negeri Selangor yang ketika ini memiliki rezab tunai sejumlah lebih RM2 bilion

Barisan Nasional : Sebab Rakyat Selangor Mesti Tolak Pakatan Rakyat Selangor?

Barisan Nasional ada menggariskan beberapa sebab-musabab mengapa rakyat Selangor patut menolak pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim
  1. hampir menggagalkan sepenuhnya usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan wujudnya bekalan air yang mencukupi di Selangor
  2. Pakatan Rakyat terus menafikan wujudnya masalah kekurangan bekalan air
  3. tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi Loji Rawatan Air Langat 2, yang merupakan komponen penting bagi projek pemindahan air mentah dari Pahang, yang kini 70 peratus siap
Diharapkan apa yang didakwa Barisan Nasional berlakunya masalah air yang serius di Selangor, dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa menjejaskan kehidupan rakyat Selangor amnya.

Dan diharapkan juga selepas berjaya menyelesaikan isu air di Selangor dan Kelantan sepertimana akujanji mereka melalui Manifesto Barisan Nasional, jenguk-jenguklah juga keadaan danpermasalahan krisis air di sesetengah kawasan di negeri Pahang dan Johor juga.

Mereka amat memerlukan keprihatinan anda semua.

Masalah Air Di Kelantan

Masalah Air di Kelantan

Masalah Air Di Pahang?

masalah air

Masalah Air di Johor?

Masalah Air

Video Masalah Air Di Pahang

LIHAT VIDEO DI SINI

Sumber saluran Youtube : Cikgu Shaari

Bagi kami bekalan air bersih sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada negeri Kelantan, Selangor, Perak atau hanya tertumpu untuk sesetengah negeri sahaja. Tetapi seluruh rakyat malaysia daripada kawasan di tengah bandar besar di Selangor sehinggalah di pedalaman Sabah & Sarawak berhak mendapat keperluan asas yang mencukupi termasuklah bekalan air bersih ke kediaman mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.