`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 20, 2013

Mohd Sabu serah borang pencalonan 9.14 pagi


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.

Wakil beliau ialah Fadzil Mohd Noor Sahni, pencadang pula Idrus Hamid yang disokong Abdullah Abdul Razak.

Ramlan Hamid pula wakil dan penyokong kepada calon PAS bagi Dun N.18 Tokai, Datuk Mohd Taulan Rasul sementara Abdul Awang adalah pencadang.

Abdul Latif Ahmad adalah wakil kepada calon PAS di Dun N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharom, Abdual Ghani Mohd Salleh (pencadang) dan Mat Noor Md Hussain (penyokong).

Sebelum itu, mereka diiringi kira-kira 5,000 penyokong ke pusat penamaan calon bermula dari Pejabat Pos Pendang.

Calon Bebas dan parti Kita turut menyerahkan borang pencalonan mereka bagi Dun Tokai dan Sungai Tiang.


Mohamad bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.


Mohamad bersalaman dengan Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang selepas menyerahkan borang pencalonan.


CERIA...Mohamad bersalaman dengan calon BN P.011 Pendang, Othman Abdul.


Sebahagian daripada para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon-calon P.011 dan N.18 Tokai dan N.19 Sungai Tiang. - harakah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.