`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 25, 2013

PECAH BERITA! Jadual Penerbangan Bawa Pengundi HANTU TErbongkar!


Mengesahkan spekulasi yang bertiup kencang antara sesetengah juruterbang sebelum ini, ini dia senarai penerbangan sewa khas yang akan membawa sejumlah pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Berdasarkan kepada kod penerbangan yang disenaraikan, pesawat sewa khas yang menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS) akan memulakan 'operasi jahat' yang didalangi Umno untuk membawa seberapa ramai pengundi hantu ke Selangor dan Johor.

Penerbangan tersebut tidak dipaparkan dalam maklumat penerbangan di laman web Malaysia Airlines kerana ia merupakan taktik rahsia yang tidak diketahui orang awam.

Menurut jadual yang dibocorkan, penerbangan pertama dijangka seawal Khamis, 2 Mei jam 9.05 pagi dari Kota Kinabalu, Sabah menuju Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang dijangka tiba dua jam kemudian.

Manakala penerbangan pulang pada Sabtu, 4 Mei ke dua-dua destinasi itu dijangka bermula sebaik sahaja pengundi hantu ini selesai memangkah kertas undi yang sudah disediakan terlebih awal beberapa jam sebelum pengundi biasa mengundi keesokkan harinya.



- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.