`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

PENDUDUK SRI TITINGAN BOIKOT WAKIL RAKYAT?




WAWANCARA....Amiruddin sedang ditemubual mengenai masalah di PPR Taman Sri Titingan yang tiada pembelaan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SRI TANJUNG (TAWAU) : Pengerusi Jawatankuasa Bertindak PPR Taman Sri Titingan Ice Box Tawau,Amiruddn Rasake mendedahkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang tidak telus dan tidak ikhlas menyediakan kemudahan asas dan pengagehan perumahan kepada rakyat setempat di Tawau.

Sistem kadar bayaran harga sewaan rumah di PPR Sri Titingan tidak diseragamkan dan tidak selarasseperti mana yang terdapat di daerah Sandakan.
Katanya, di Sandakan semua Program Perumahan Rakyat seperti di Taman Mesra, Taman Murni dan PPR Gum-Gum juga adalah di bawah urus tadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan sistem harga sewaan diseragamkan tidak mengikut kedudukan tingkat. Contohnya dari tingkat 1 hingga ke tingkat 4 harga sewaan sama rata iaitu RM140 sebulan.

“Tetapi di Tawau, khususnya di PPR Taman Sri Titingan amat berbeza dan mengikut tingkat. Jika seorang penghuni duduk di tingkat 1, maka kadar bayaran sewaan sebulan ialah RM200 manakala dari tingkat 2 hingga ke tingkat 3 harganya RM170 hingga RM180. Inilah yang menjadi beban kepada rakyat sekarang di Tawau,” jelas Amiruddin.

PEMANDANGAN...Inilah PPR Taman Sri Titingan yang bertimbun masalah tetapi tiada kesudahannya.

TANGKI AIR....Inilah tangki air di PPR Sri Titingan salah satu tangki tersebut yang mengandungi air mayat.

Amiruddin berkata demikian kepada Sabahkini.Net semasa di wawancara eksklusif kelmarin kerana tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh MPT terhadap rakyat di Tawau.

Selain kadar sewaan yang menjadi masalah besar kepada penduduk setempat di PPR Taman Sri Titingan, tambah Amiruddin, masalah bil air yang dikenakan kepada penghuni di perumahan tersebut juga menjadi kemarahan kerana sistem yang diguna pakai oleh MPT tidak kemaskini.

Ada yang duduk sehingga lebih 8 keluarga dalam satu lot dikenakan bayaran air sebulan cuma RM20 sahaja; sementara bagi keluarga yang tinggal hanya 4 orang kadar bayaran bil air yang dicaj mencecah RM80 sebulan.

"Adilkah ini namanya? Kenapa MPT terlalu menekan rakyat, khususnya penduduk di flat berkenaan?,” tanya Amiruddin.

Amiruddin menambah, ekoran perbuatan kejam yang terlalu menindas rakyat khususnya di Flat Sri Titingan, cukup jelas bakal mengundang kekalahan besar kepada calon-calon BN yang bertanding pada PRU 13 ini kerana impaknya kena kepada kerajaan BN dan juga kepada calon BN sendiri.

“Rakyat sudah bosan dengan karenah para pemimpin UMNO/BN yang tidak sedikitpun tiada rasa simpati atau rasa belas kasihan terhadap rakyat, khususnya penduduk di Flat Sri Titingan yang sentiasa tertekan akibat perbuatan kejam pihak tertentu, khususnya MPT yang terlalu memeras penduduk dan tidak bertanggung jawab,” ujarnya.

Kata Amiruddin lagi, kerajaan BN/UMNO memang cukup bagus kerana membela nasib rakyatnya tanpa mengira fahaman ideologi politik; tetapi wakil rakyat yang dipilih berperangai 'syaitan yang bertopengkan manusia' dan jika terus dipilih pada PRU-13' maka 2,000 pemilih berdaftar akan memastikan calon berkenaan berputih mata.

“Saya akan pastikan kalau Taufiq juga masih calon Apas, maka kita akan tentang habis-habisan. Jangan undi BN pada PRU 13 ini. Beri sahaja undi kita kepada pembangkang. Tiada gunanya kalau kita menolong Taufiq yang diibaratkan petualang dan duri dalam daging kepada kerajaan BN. Beliau mencari kesenangan dan mengaut kekayaan untuk dirinya dan keluarganya; sementara rakyat menderita. Bagus tukar kerajaan baru lebih baik yang ada sekarang,” tegas Amiruddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.