`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 13, 2013

PKR Labu tolak calon PAS


DUN Labu sudah mula ‘berasap’ apabila PKR menyifatkan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang meletakkan calon PAS tidak tepat.
LABU: Suasana politik di Negeri Sembilan sudah mula panas tetapi bukan disebabkan pertembungan di antara Barisan Nasional (BN) dan  Pakatan Rakyat tetapi masalah timbul akibat rasa tidak puas hati sesama anggota komponen dalam Pakatan sendiri.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu sudah mula ‘berasap’ apabila PKR menyifatkan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan  calon PAS di DUN Labu adalah tindakan yang tidak tepat.
Kordinator PKR Labu, Mokhtar Ahmad berkata adalah satu kesilapan besar meletakkan calon PAS untuk mengalas harapan besar Pakatan  dalam hasrat menumbangkan BN di Labu.
“Keputusan PAS mencalonkan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa di Labu tidak sesuai memandangkan beliau  bukanlah anak tempatan tetapi sebaliknya merupakan pengundi luar Labu.
“Selain daripada itu, pengaruh Khairil dilihat sangat lemah berikutan tidak mesra dengan penduduk tempatan.
“Menamakan Mohd Khairil Anuar sebagai calon Labu merupakan satu keputusan yang tidak tepat, ibarat memberi kemenangan mudah  kepada BN pada kali ini, kata Mokhtar pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PKR Labu semalam.
‘Sudah terang lagi bersuluh’
“Kita (PKR Labu) menolak beliau kerana dia seorang yang tidak sesuai. Kekalahan pasti akan menimpa, ibarat sudah terang lagi  bersuluh,” kata Mokhtar.
Menurut Mokhtar, sejak nama Khairil diumumkan, pihaknya menerima berpuluh-puluh pesanan ringkas dari akar umbi yang kecewa  dengan penamaan tersebut, yang dianggap sesuatu yang sukar untuk diterima.
“Kita mendesak agar kerusi DUN Labu diberikan semula kepada calon PKR, yang mana ianya lebih berhak dan sinonim dengan penduduk  tempatan.
“Kita juga mendesak supaya pimpinan PKR dan Pakatan, khususnya Majlis Presiden Pakatan memandang serius perkara tersebut,  sekaligus mengambil tindakan segera demi matlamat untuk menumbangkan BN.
“Sekiranya pucuk pimpinan kekal dengan keputusan asal mereka, saya bimbang akan wujudnya unsur sabotaj mahu pun ketidakpuasan  hati, walaupun ianya berlaku dalam keadaan minima,” katanya.
Turut sama hadir Pengarah Bilik Gerakan Utama DUN Labu, Aziz Jakfar Soraji dan Ketua Wanita Ranting Labu, Amri Idris Osman.

Tidak sepatutnya jadi isu
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata keputusan untuk membuat pertukaran kerusi dari PKR  kepada PAS di DUN Labu telah dipersetujui sejak dua tahun lalu.
“Isu ini tidak sepatutnya timbul berikutan kesemua pihak termasuk pucuk pimpinan Pakatan telah pun bersetuju dengan pertukaran  kerusi berkenaan dan terpulang kepada PAS untuk meletakkan pilihan calonnya di DUN Labu.
“Mengikut rekod dahulu, di DUN Labu kebanyakan calonnya adalah orang luar termasuk calon BN sendiri yang merupakan orang luar,  cuma berkahwin dengan orang Labu.
“Sama ada calon itu orang luar atau tempatan bukanlah sesuatu isu yang besar tetapi apa yang penting ialah rakyat sekeliling dapat  menerimanya. Kita yakin Mohd Khairil Anuar adalah calon yang tepat dengan mengambilkira latar belakangnya yang baik.
“Saya menasihatkan agar semua pihak mengutamakan kehendak parti dan ketepikan sementara kepentingan sendiri demi kemenangan  bersama.
“Jika kita sama-sama sepakat dan menyokong antara satu sama lain, sudah pasti hasrat untuk menjatuhkan BN di Labu akan berjaya  dilaksanakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.