`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 20, 2013

SAHAR SAKKA CABAR JUSLIE DI LIBARAN



MUKTAMAD...Sahar membuat keputusan muktamad untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Libaran menentang rakannya, Juslie Ajirul.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
LIBARAN : "Saya sudah dua kali, termasuk kali ini adalah kali yang ketiga melobi calun untuk Parlimen Libaran sejak dari tahun 2004-2008 hingga 2013 ini, langsung tidak diberi peluang. Sedangkan pada hakikatnya saya bermati-matian berjuang untuk UMNO bertapak di Sabah khususnya di Libaran."

"Nampaknya perjuangan saya dalam UMNO, walaupun pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Libaran dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilantik oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussin Onn; tetapi tiada sesiapa yang menghargai perjuangan saya kerana timbulnya birokrasi dalam kepimpinan Bahagian UMNO di Libaran."
Inilah antara keluhan dan kenyataan seorang pemimpin muda UMNO Libaran yang juga mantan seorang guru iaitu Sahar Saka dalam satu wawancara eksklusif dengan Sabahkini.Net di pejabatnya kelmarin.

“Saya tidak salahkan pucuk pimpinan UMNO pusat iaitu Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telus tetapi saya amat kecewa kerana BN tidak memberikan peluang dan ruang untuk memilih saya sebagai Calon BN di Parlimen Libaran pada PRU 13 ini."

Sahar menambah 75 peratus para pengikut dan penyokong tegar BN/UMNO menaruh harapan sepenuhnya bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon BN di Libaran pada musim ini, tetapi tewas dengan mainan politik pemimpin BN.

Di atas desakan para penyokong tegar Sahar yang mahu beliau bertanding di Parlimen Libaran kerana tiada jalan lain lantas mengambil keputusan yang tepat telah mengisytiharkan dengan rasminya bahawa beliau akan bertanding atas tiket bebas pada PRU 13 untuk menentang Datuk Hj Jusie Ajirol yang sudah memasuki empat penggal sebagai Ahli Parlimen Libaran ( 1999-2008).

"Apapun saya bukan suka-suka mahu bertanding sebagai calon bebas untuk menentang calon BN ini adalah atas keputusan undian melalui SMS yang diberi dua kategori antara Bebas dan BN. Kalau undian BN yang lebih banyak daripada Bebas, saya terpaksa akur dengan keputusan itu maka saya tetap bersama BN untuk mempastikan calon BN Parlimen Libaran kekal milik BN."

"Tetapi kalau undian tersebut lebih banyak condong ke Bebas saya juga akur dengan keputusan tersebut terpaksa saya bertanding bebas untuk menentang calon BN,” jelasnya.

Tepat jam 12.01 minit jelas Sahar untuk melalui SMS yang diterima daripada pengundi tegar BN nampaknya mereka memilih 'Bebas' maka Sahar atas sokongan padu daripada 80 peratus daripada ahli-ahli UMNO merestui Sahar akan untuk bertanding Bebas pada PRU 13.

Dalam pada itu, Sahar sempat menemui Juslie untuk mengucapkan tahniah dan turut mengadakan perjumpaan terbuka di pejabat Wanita UMNO Libaran untuk menyatakan perkara yang sebenar apakah mereka terus membantu Juslie dalam kempen pada pilihanraya ini atau sebaliknya.

Oleh kerana para pengikutnya juga merasa amat kecewa, maka akhirnya Sahar akur dengan keputusan dan permintaan daripada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO selama 20 tahun untuk bertanding calon Bebas yang menggunakan lambang Padi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.