`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 25, 2013

SIAPA KENAL FATIMAH ISMAIL INI?


SIAPA FATIMAH ISMAIL
ANAK DARA?
JANDA BERHIAS?
ISTERI ORANG
atau
MINAH INDON?

 FATIMAH OH! FATIMAH

Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei 2013.  United Malays National Organisation yang akan diumumkan kalah oleh Pakatan Rakyat tepat pada jam 10:38 malam 5 Mei ini.

Dua minggu sebelum diterajang oleh orang ramai  kelihatan parti Ketuanan Melayu ini masih lagi enggan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan baru yang demokratik. Anak semua bangsa telah menolak rejim yang zalim dan ganas.

Walau pun sademikian, parti Ketuanan Melayu ini masih lagi merancang untuk terus berkuasa. Parti ini  sedang merancang untuk menipu undi.  Penipuan terakhir  yang terbonggeng kantoi ialah apabila Jabatan Pendafaran Persatuan telah melarang DAP dari menggunakan logo parti.

Pengharaman logo DAP ini pada awalnya dilihat sebagai  satu kejayaan untuk  memporak perandakan DAP.  Dalam strateji jahat ini  diharapkan penyokong DAP akan kelam kabut, kacau bilau dan tidak tahu siapa yang seharusnya mereka undi. Tetiba masuk Pas  dan PKR yang bersedia membenarkan  DAP menggunakan logo mereka.

Taktik jahat parti Ketuanan Melayu ini menjadi cair apabila ombak sokongan pengundi China  terhadap Pakatan Rakyat bukan susut malah terus ampoh melonjak. Taktik adu  domba – lempar kepala babi dalam masjid – api-apikan China benci Melayu dan Melayu bencikan China -  meleset. Mitos Mei13 tidak ada siapa ambil  pot. Mei13 kini menjadi tarikh  sejarah dimana United Malays National Organisation telah dikalahkan dalam pilihan raya pada tahun 1969.

Hanya Melayu Genre Bangang  dan Melayu Genre EEE sahaja yang akan  meloncat mengambur bising dan sibuk tentang Mei13. Bani Melayu yang waras, rasional dan berhemah tinggi akan gumbira apabila United Malays National Organisation dibakul sampahkan  untuk dijadikan nota kaki sejarah.

Apabila parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa rancangan memporak perandakan DAP gagal – dengan serta merta para barua telah diarah untuk mengubah kedudukan. Keputusan pengaharaman logo DAP ditarik kembali. Tindakan ini membuktikan bahawa Jabatan Pendaftaran Persatuan serupa dengan Jabatan Pendaftaran Negara sama dengan SPR. Badan dan lembaga ini semuanya adalah barua dan alat  United Malays National Organisation untuk menipu.

Warga Malaysia anak semua bangsa wajib terus berwaspada. Dalam masa tidak sampai dua minggu ini parti Ketuanan Melayu masih lagi  memiliki banyak rancangan untuk menang dengan cara tipu. Masih banyak lagi tipu helah dan perancangan jahat yang masih belum muncul.

Minggu ini ada satu lagi berita penipuan terbongkar. Berita ini dilihat  seram lagi melucukan.   Kajian dari Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) telah bertemu dengan  900 ‘Orang Bunyian”.  Di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu terdapat 900 sosok  yang menyerupai manusia yang menggunakan nama  Fatimah Ismail. Dari jumlah ini 14 orang Fatimah memiliki tarikh lahir yang sama. 10 dari  Minah Fatimah ini mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di Negeri yang sama.

Hairan bin Pelik? Pembaca menggaru kepala bila mengetahui fakta ini?  Jangan risau kerana  SPR dengan bangganya akan menafikan kewujudan sosok yang menyerupai manusia yang bernama  Fatimah ini. Mengikut hemat SPR semua ini adalah fitnah dan tohmah  dari NGO MERAP. SPR bertempik mengatakan kepada dunia bahawqa  Ngo  ini  anti Melayu, anti Islam dan anti Raja.   Melayu, Islam dan Raja telah digunakan sebagai pendinding untuk membuat kerja jahat.

Jangan risau kerana saya  memiliki teori yang lebih meyakinkan untuk menghuraikan kekusutan ini. Mengikut teori saya: sebuah Piring Terbang UFO telah mendarat dan meninggalkan 900 biji  telor di Banjaran Titiwangsa. Akhirnya telor-telor ini  dan melahirkan 900 bayi-bayi perempuan. Pada Hari dan saat yang sama kesemuanya makhlok ini telah mendaftarkan diri dengan menggunakan nama Fatimah Ismail.

Pada awalnya telor-telor ini mahu menggunakan nama Salmah Ismail. Sayangnya nama Salmah binti Ismail  ini telah diambil oleh Saloma.  Nama yang belum digunapakai hanyalah Siti Ibrahim Ali , Cik Puan Zul Nordin dan Marina Anak  Perempuan Mahathir. Akhirnya makhlok asing ini menggunakan nama Fatimah  Ismail.

Jangan marah apabila saya menulis sademikian.  Saya melawak kerana SPR selalu meminta  kita buktikan penipuan itu. Kali ini sekali lagi dengan fakta kajian MERAP saya telah membuktikan bahawa   SPR telah menipu.  SPR  hanya menjawab dengan menuduh saya hanya pandai buat fitnah dan memburuk-buruk satu lembaga  yang suci bersih saperti  bersihnya sabun Breeze.

 Bila diajukan kepada SPR nama  14 Fatimah binti  Ismail yang tarikh lahir sama maka  SPR akan menuduh sesiapa yang menimbulkan keraguan terhadap SPR ini memiliki niat politik jahat. Biar saya tulis sejelas  mungkin. Biar saya hitam putehkan apa yang ada dalam fikrah saya. Biar saya umumkan sekali lagi kepada orang ramai.

 Saya tidak percaya langsung kepada badan yang dipanggil  SPR ini.   Saya bukan sahaja  tidak percaya apa yang disuarakan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. Malah semua perkataan yang belum keluar dari mulut Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan pekerja SPR   pun saya tidak percaya. Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution telah membuktikasn bahawa dua sosok – Pengerusi/Timbalan SPR -   adalah ahli parti Ketuanan Melayu.

Juga, secara resminya gabungan Ngo  BERSIH 2.0 telah mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi  SPR ini ditendang keluar.  Sosok dua orang ini tidak memiliki kewibawaan untuk diyakini oleh orang ramai.  Disini biar saya terangkan satu fakta.  Ada satu pekara yang warga  Malaysia tidak  mendapat penerangan    jelas dan tuntas.

Orang ramai TIDAK diberitahu bahawa dalam piagam penubuhan  SPR, dalam  Perlembagan Malaysia  ada dinyatakan secara hitam puteh bahawa  Suruhanjaya  Pilihan Raya ini  wajib diyakini kewibawan oleh pengundi dan orang ramai.  SPR yang ditubuh oleh Parlimen dan Agong ini jika  tidak lagi diyakini ramai maka SPR ini wajib dilupuskan. Fasal ini tertera jelas dalam Perlembagaan Malaysia.

Hari ini saya berani bertaruh saekor berok dengan sesiapa sahaja.  Secara rambang  jika kita bertanya kepada 10 warga Malaysia – tua dan muda  - jantan dan betina – bakal pengundi -  saya yakin 8 atau 9 orang  yang ditanya ini  akan memberi tahu bahawa mereka kurang yakin terhadap SPR.  Orang ramai sedang melihat  SPR ini sama haprak saperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali. 

Jika SPR ini haprak dan tidak diyakini bagaimana mungkin kita melahirkan Malaysia yang bebas dan demokratik. Mengapa ramai YB yang bertanding. Apakah bekas YB dan bakal  YB ini  yakin tentang kewibawaan SPR?

Jawabnya – iya dan tidak.

Untuk  bekas YB dan bakal YB dari United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mereka yakin akan kesucian  SPR ini. Keyakinan ini muncul kerana kepentingan  ekonomi mereka bergantung dengan  kuasa parti Ketuanan Melayu. 

Untuk bekas YB dan bakal YB dari Pakatan Rakyat – rata-rata mereka sedar bahawa SPR ini adalah ajen penipuan. Badan yang merancang undang-undang dan peraturan yang berat sebelah untuk memastikan  United Malays National Organisation terus berkuasa. Jika telah sedar kenapa bersetuju untuk ditipu?

Sebenarnya bekas YB dan bakal YB ingin membawa  kesedaran kepada orang ramai. Orang  ramai secara menyeluruh wajib disedarkan tentang penipuan ini.  BERSIH telah memainkan peranan untuk membuka pekong SPR. Kali ini dengan mencampuri PRU13 maka orang ramai akan disekolahkan sekali lagi. Ketika mengambil bahagian dalam PRU13 – orang ramai akan diberi kuliah  secara amali untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penipuan dijalankan.

BERSIH 2.0 yang mewujudkan PEMANTAU yang disokong pula oleh parti-parti politik adalah bukti saheh bahawa  penipuan wujud.  Pemantau itu sebenarnya sedang memberi kuliah. Kalau penipuan  tidak wujud kenapa dilatih 4,000  orang Pemantau. Kalau tidak ada penipuan kenapa  SPR amat amat benci terhadap Pemantau  yang dilatih oleh Bersih.

Untuk menjelaskan keadaann biar saya surahkan  satu metapora agar para pembaca dapat memahami kenapa saya selalu menulis tentang penipuan SPR. Dalam masa yang sama saya juga ‘gila berkempen’ ke hulu ke hilir   untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

 Kesahnya bagini: Kita semua dalam dalam satu kabilah yang sedang berjalan  menuju ke Bahtera Merdeka. Saya telah berjalan dahulu dan sampai  ke satu tembok batu yang menghalang perjalanan kita. Saya mengundur dan kembali memberitahu para pembaca bahawa ada tembok halangan dihadapan kita. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Ada yang berkata kalau ada  tembok mungkin dapat kita panjat. Ada yang berkata kalau aku dapat tengok tembok batu itu  maka  baru aku akan percaya.

Saya sebagai seorang demokrat yang waras telah mengambil  keputusan untuk berjalan bersama para pembaca dan  bakal pengundi.  Saya akan berjalan dilorong yang sama dengan  orang ramai. Saya akan bawa para pembaca ke tembok batu penghalang itu.

Pada 5 Mei ini kita semua akan sampai ke tembok batu itu. Maka di hari itu saya akan berkata: tembok batu ini ialah SPR. Lembaga SPR inilah yang menjadi batu penghalang perjalanan  kita ke Bahtera Merdeka.   Saya harap apabila kabilah telah sampai dan melihat tembok itu maka ahli-ahli kabilah  akan berfikir bahawa tembok batu bernama SPR ini wajib dilupuskan dahulu.

Ahli-ahli lembaga SPR ini wajib diganti  dengan ahli lembaga SPR yang bukan ahli parti Ketuanan Melayu.  Selagai SPR dalam bentuk yang wujud sekarang ini, selagi itulah tembok batu akan menghalang  kita semua dari sampai ke Bahtera Merdeka.  Dengan  wujudnya SPR yang bebas, adil dan  bersih  maka Minah yang bernama  Fatimah binti Ismail akan lupus dengan sendirinya.  Hantu-hantu  yang memiliki kad pengenalan segera akan pulang ke kubur asal mereka. Oh Fatimah hanya akan diingati sebagai lagu A.Ramlee.  (TT) 


NOTA
tulisan ini
telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
akhbar 2 kali semingu ini
adalah akhbar melawan tampa lesen mencetak
siapa membaca akhbar ini   mereka adalh cool

-----

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.