`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 25, 2013

Taktik hantar ‘samseng’ gagal


 
Apakah letupan bom ini merupakan satu taktik baru?, soal Chegu Bard. 



PETALING JAYA: Taktik menakut-nakutkan rakyat dengan menghantar ‘samseng’ untuk mengganggu perjalanan ceramah Pakatan Rakyat  gagal mengurangkan jumlah kehadiran orang ramai.

“Apakah letupan bom ini merupakan satu taktik baru?, soal Badrul Hisham Shaharin, calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk satu kejadian letupan bom di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN), Nibong Tebal kelmarin.

Menurutnya, kejadian ini bukanlah kali pertama dengan mengimbau kembali semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana kononnya bom dijumpai dalam Bilik Gerakan BN.

“Ketika itu sudah ada percubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati,” ujar beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Katanya, begitu juga dengan kejadian letupan bom di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ketika rakyat dan penyokong keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Justeru itu, saya tidak menolak kemungkinan letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal adalah rekayasa untuk mengganggu mood rakyat. Lagipun, ini kemahiran ‘mereka’, kata Chegu Bard namun beliau tidak pula menyebut siapa ‘mereka’ itu.

Sementara itu, PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow supaya meminta maaf kerana mengaitkan Pakatan Rakyat dengan insiden letupan bom itu.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi BN negeri.

“Fitnah yang dibuat Teng adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murahan untuk meraih undi kepada BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.