`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 18, 2013

CILI API KASI TARUK! SATU ARTIKEL YANG AKAN MEMBUATKAN CINABENG SEMUA SEDAR YANG KONEK MEREKA SANGAT KECIK ADANYA!

Penyelidik sejarah bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman menyifatkan dakwaan orang Melayu bukan kaum asal di rantau Nusantara ini sebagai agenda pihak tertentu untuk memperlekehkan bangsa Malaysia. 

Menurutnya, dakwaan itu disangkal berdasarkan bukti pemetaan genetik dan artifak arkeologi yang menunjukkan Orang Asli Semang dan Senai yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) adalah nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini. 

Tambahnya, ia sekaligus menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries terbitan National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India. 

Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain. 

Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu. 

Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu. 

“Kumpulan yang berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika dan kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu,” katanya lagi. 

Beliau berkata lagi, bangsa Melayu adalah bangsa yang dicemburui bukan sahaja kerana penyebarannya hampir ke seluruh dunia tetapi juga turut membenihkan bangsa lain. 

Zaharah yang menjalankan kajian kewujudan bangsa Melayu sejak 2009 berkata, buku yang diterbitkan universiti Singapura itu masih boleh disanggah faktanya selain begitu menyorot kepada usaha untuk menafikan kewujudan bangsa Melayu di muka bumi ini. 

“Jika diteliti, bangsa Melayu ini tersebar hingga meliputi satu perenam dunia, bangsa ini turut terdapat di Madagascar dan bahasa Melayu masih lagi digunakan sehingga kini. Melayu benar-benar wujud dan bangsa ini jugalah yang membenihkan bangsa lain. 

“Kajian juga dilakukan berdasarkan kepada penemuan artifak dan DNA (asid deosiribonukleik). Malah kajian turut membuktikan kewujudan bangsa Cina dan India lebih muda berbanding Melayu,” katanya lagi.

Sumber: Perak Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.