Hare Krishnan tak pernah larikan diri, kata isteri
Isteri kepada Insp Inspector S Hare Krishnan berkata, suaminya yang merupakan suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan N Dhamendran tidak pernah melarikan diri dari siasatan.
Shaarmini Balakrishnan memberitahuMalaysiakini bahawa Hare Krishnan tidak kembali bertugas selepas tamat tempoh bercuti pada 15 Jun kerana suaminya itu dimaklumkan telah digantung tugas.
Oleh yang demikian, Hare Khrishan mendapatkan khidmat seorang peguam yang seterusnya menghantar surat kepada polis.
Surat berkenaan, dakwanya, tidak dijawab oleh polis.
“(Surat berkenaan) semuanya tidak dijawab. Beliau tidak pernah melarikan diri. Peguamnya juga boleh dihubungi,” kata Shaarmini.
Katanya, peguam yang mewakili suaminya itu dari firma Sri Kumar Ganapati and Co.
Menurutnya lagi, Hare Krishnan juga membuat satu kenyataan bersumpah yang didakwa menyatakan bahawa pegawai polis itu tidak bersalah dalam kes Dhamendran. ~mk
Oleh yang demikian, Hare Khrishan mendapatkan khidmat seorang peguam yang seterusnya menghantar surat kepada polis.
Surat berkenaan, dakwanya, tidak dijawab oleh polis.
“(Surat berkenaan) semuanya tidak dijawab. Beliau tidak pernah melarikan diri. Peguamnya juga boleh dihubungi,” kata Shaarmini.
Katanya, peguam yang mewakili suaminya itu dari firma Sri Kumar Ganapati and Co.
Menurutnya lagi, Hare Krishnan juga membuat satu kenyataan bersumpah yang didakwa menyatakan bahawa pegawai polis itu tidak bersalah dalam kes Dhamendran. ~mk
BERITA SEBELUM INI :
KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei
lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas.
“Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu Khalid turut mengulas mengenai cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam mengendalikan tahanan yang ditempatkan di lokap ekoran terdapat tiga insiden tahanan yang mati dalam tahanan polis baru-baru ini.
Khalid berkata cadangan penambahbaikan tersebut sedang dikaji pihak polis kerana ia melibatkan beberapa faktor yang perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan.
“Kita sedang menyediakan satu pelan yang komprehensif, kita perlukan masa untuk siapkan SOP berkenaan kerana kita perlu kaji dengan sedalam-dalamnya sebelum dilakukan. InsyaAllah sebelum akhir Jun ini kita akan melaksanakannya (SOP baharu),” katanya.
Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan tahanan polis mati di lokap termasuk yang terbaru pada 1 Jun lepas apabila seorang lelaki berusia 42 tahun ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin, Negeri Sembilan. – Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.