`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 14, 2013

Hilang keyakinan terhadap kerajaan UMNO Kedah... hanya 500 pelajar daftar masuk KUIN?


(Nota: Komen kat bawah ni Kedah La kutip dari forum Teranungkite... kalau ada fakta2 yang menimbulkan keraguan tu maka elok pembaca dapatkan penjelasan terus dari pihak KUIN atau Setiausaha Politik Datuk Mukhriz, Azimi Daim.)

Salam, 

Tidak pernah dalam sejarah Insaniah jumlah begitu sedikit. 

Zaman Ust azizan pun teruk-teruk 900+. Makna nya rakyat dah mula memahami kemelut Insaniah ini tidak akan di selesaikan. Kesian lah sebab dengan 500+ pelajar ramai lah pensyarah2 akan lapang masa dan menepati slogan BN menang Kedah senang. Puak-puak Bersih lebih selalu lah main bowling, senang kan?

Kampus Kuala Ketil dah macam padang jarak padang tekukur. Kakak restoran pun mengeloh tak der pelanggan atau sangat kurang berbanding dulu. Mungkin kerana cuti mungkin juga pensyarah tak der duit nak beli makanan. 

Sekian.

Canon


Pekerja Insaniah Holdings 3,4 bulan tak dibayar gaji!

Setakat hari ini 7/7/2013, 300+ pekerja Insaniah Holding dan anak syarikat2 Insaniah masih belum mendapat gaji lagi (dah 2-3 bulan, ada juga yang dah 4 bulan). Semua ikhtiar sudah di buat, memorandum sudah di kemukakan kepada: 
1) MB Mukriz (sudah berjumpa 2-3 kali)-Wisma Negeri, A.Setar 
2) Istana Negara (merangkap canselor Universiti Insaniah)-KL 
3) Putra Perdana (Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran) - Putrajaya 
4) KPT -Kementerian Pendidikan Tinggi - Putrajaya 
5) Kementerian Sumber Manusia - Putrajaya 
6) Yayasan Perdana (Tun Mahathir- Bapak MB Mukriz) - Putrajaya 
7) Report kakitanggan ke pejabat buruh Kedah sudah di buat. 
8)Report ke Makamah Civil Kedah pun juga sudah di buat. 
9) Mengadu kepada Exco Pelajaran negeri Kedah, Dato Tajol pun sudah berulang kali di buat...tapi hanya janji dan tinggal janji saja lah. 
10) Press/Media conference pun sudah di buat. 
11) Salurkan maklumat kepada Blog2 politik pun sudah di buat. 
12) Sembahyang Hajat pun sudah dibuat oleh penduduk2 sekitar K.Ketil. 
YANG BELUM DI BUAT LAGI HANYA LAH DEMONSTRASI

Dari: Rocketmaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.