Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.“Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik,” katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos.
Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. ~bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.