`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 13, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN | Ramadhan Pemula Langkah Untuk Berubah

Setiap kali tibanya Ramadhan, kita akan melihat senario yang biasa di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah-madrasah akan penuh dikunjungi, suatu rutin yang jarang kita temui di lain-lain bulan.


Semuanya akan berpusu-pusu mengejar jaminan Allah yang akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan yang mulia ini.

Orang yang tidak solat sebelum ini, setibanya bulan Ramadhan, mereka akan bersolat, orang yang tidak menutup aurat pula akan menutup aurat. Orang yang mengumpat akan berhenti mengumpat dan segala macam maksiat akan semakin berkurang.

Bulan ini hanya ada 29 Hari, Allah menawarkan pelbagai kelebihan di bulan ini, perbanyakkanlah solat sunat, baca Al-quran dan bersedekah dan amalan-amalan lain. 

Insyallah, semoga bulan yang mulia ini  menjadi pemula langkah bagi kita untuk berubah dan seterusnya akan terus istiqamah untuk diri kita yang sentiasa lalai. - Tinta Asyraf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.