Sunday, February 16, 2014
PRK KAJANG .. HERMAN TINO HINA DAN PERLEKEH NAJIB DAN ROSMAH?????
Mengapa mau halang Najib dan Rosmah dari turun ke Kajang kalau tidak merasa kedua mereka menjadi liabiliti? .. Tidakkah ini sudah menjadi satu kerja penghinaan kepada Najib dan Rosmah dan juga bangsa Melayu????
Bukankah nanti akan menjemput para NGO tukang sembelih ayam berkumpul dan beteriak sambil beri upah tampar???
Sambil mengredkan Pilihanraya Kecil, PRK DUN 25 Kajang sebagai 'perang kecil', penyanyi Dangdut dan Irama Asli terkenal era tahun 80 an, Herman Tino mmerayu dan memohon agar Najib dan Rosmah supaya jangan turun ke Kajang.
Sebaliknya beliau yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang mahu Najib dan Rosmah menumpukan tugas menjaga Malaysia dan mengotakan janji.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'MENGAPA DI KENANG MENGAPA DI FIKIR' atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59 menulis di akaun twitter miliknya, @Herman4Kajang.
"Dato Najib dan Kak Rosmah jangan turun Kajang, biar kami saja bertempur dalam perang kecil ini, kamu jaga Malaysia kotakan janji" tulisnya.
Difahamkan, Herman turun menyebut pertandingannya nanti menentang Anwar Ibrahim di PRK DUN Kajang sebagai 'politik damai' lawan 'pesona palsu'.
BAGI OMAK KAU INI PERTEMBUNGAN ANTARA POLITIK TINGGI DAN REALITI YANG DIBAWA DSAI DENGAN POLITIK SYOK SENDIRI YANG MERASAKAN DIRINYA HEBAT SEKALI ... DIA LUPA MASA PRU 13 LALU DIA MASUK BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS DI PARLIMEN TANJUNG KARANG SAMPAI WANG DEPOSIT RM10,000 HILANG DENGAN HANYA MEMPEROLEHI 340 UNDI SAHAJA.
NASIHAT OMAK KAU IALAH AGAR PENYANYI INI KENANG PENGALAMAN BELIAU SEMASA PRU 13 LALU DAN FIKIR-FIKIRKAN SEMASAK-MASAKNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.