`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 1, 2014

Rukun Melayu 4 Perkara



Bila ahli parlimen Alor Star mencadangkan kepada YAB Azmin Ali, MB Selangor supaya mengemaskan prosidur konsititutional dalam melantik MB, dia telah diserang dengan hebat oleh beberapa individu dan golongan.  MP ini seorang peguam. Dia beri cadangan pada prosidur. Dia tahu hak Raja ialah hak melantik bukan hak memilih.

Memilih dan mencadang ialah hak parti yang mempunyai suara terbanyak dalam dewan. Syarat nya ialah si fulan atau si fulanah mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Bukan syarat nya kepetahan berhujjah dalam dewan, atau menangkis hujjah lawan.

Tun Razak bukan seorang pembahas dalam parlimen, tapi dia seorang perancang yang baik. Hussein Onn lagilah tak pandai bercakapnya tapi dia disokong majority ahli dewan.Inilah kelayakan nya. Kalau orang bertaraf tok guru pun tak faham, tidak boleh den menolong nya.

Bukan digri. Bukan tahap persekolahan. MB2 UMNO dahulu ada tok penghulu, ada pemain band sahaja. Tapi mereka mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Melantik yakni mengesahkan pemilhan dan cadangan yang dikemukakan oleh pijak yang mewakili suara majority dengan acara dan upacara seperti nya ialah hak raja. Demikian juga adalah hak raja menentukan orang yang dicadangkan ialah seorang Melayu dan beragama Islam.

Agak nya, ini yang di suarakan oleh MP Alor Star itu yakni hak mencadang, memilih dan mempersembahkan calun ialah hak rakyat- hak untuk melantik yakni mengesahkan candangan tersebut dengan upacara sepertinya ialah hak raja.

Tapi MP tersebut , seorang peguam dan kebetulan seorang bangsa Cina, dituduh sebagai mencabar instutusi raja2 Melayu dan bangsa Melayu. Maklum sajalah orang Melayu akan mati jika raja Melayu mereka tidak ada.

Demikianlah perasaan kasih nya orang Melayu kepada raja mereka sehingga bercakap mengenai prosidur perlembagaan mengenai perlantikan dan perlucutan jawatan orang lain pun, sang setia Melayu akan mahu mengamuk.

Maka kamu, bangsa bukan Melayu, saya kasi amaran janganlah kamu mempersendakan raja2 Melayu. Sebab sukalah saya istiharkan dalam negara ini, bukan sedikit anak cucu Tun Biajid dan Tun Isap.

Kepada budak2 Melayu yang ingat mereka pandai- Ingatlah- Tun Biajid tidak durhaka walaupun tahu isterinya digodam oleh Sultan Mahmud kerana Sultan Mahmud itu, Tuanlah  kepada siBiajid. Dan ingatlah, kamu budak Melayu yang biadap, bahawa ramai anak cucu Tun isap yang sanggup membunuh kerana moyang kamu mendahului menjamah Tun Dewi. Tidakkah kamu faham bahawa Raja mesti terlebih dahulu menjamah Tun Dewi?

Sungguh biadap kamu sibudak Melayu yang kalau hendak bercakap itu mesti lihat2 dahulu kerana ramai lagi yang pandai diluar sana yang memilih untuk membisu.

Mempertahankan institusi Raja Melayu ialah melindungi satu dari 4 rukun Melayu. Tiidak mempertahankan ini, bererti jatuh aqidah Melayu. Rukun Melayu itu ada 4; mempertahankan hak istimewa orang Melayu; mempertahankan agama Islam orang Melayu; mempertahankan Raja Melayu dan mempertahankan bahasa dan budaya Melayu. Jika anak Melayu tidak ada kepercayaan kepada 4 perkara ini, maka jatuh aqidah Melayu.
Ingat kamu wahai Melayu biadap:-

1.   Rukun Islam- 5 perkara

2.   Rukun Iman- 6 perkara

3.   Rukun Melayu- 4 perkara.

Inilah fatwa yang dikeluarkan oleh imam yang menjaga polis dan keselamatan negara. Kita semua tahu siapa menteri tersebut. Dan nama nya bukan Heinrich Himmler, menteri polis yang mejaga SS dizaman Hitler. Dia bukan anak cucu bangsa Jerman- dia anak cucu Pateh Gajah Mada.

Maka ramailah rupa nya dikalangan anak Melayu yang tidak patriotic kerana tidak mahu terima keberadaan pemerintahan Raja yang mutlak. Saya sendiri pun tidak mahukan pemerintahan Raja mutlak. Saya hanya sokong pemerintahah dan peranan Raja berpelembagaan.

Kita sokong keberadaan Raja kita kerana itu sabahagian dari warisan budaya Melayu. Kita sokong institusi Raja Melayu berpelembagaan yang ada sekarang dan kami istihar akan mempertahankan nya sehingga ke tetesan darah terakhir.

Saya yakin, Raja2 Melayu pun akan menyesuaikan diri mereka mengikut zaman. Bila mereka melakukan ini, maka tentulah mereka didorong oleh pencahayaan kepentingan sendiri(enlightened self-interests).

Kita tidak ada masaalah mengekalkan raja berpelembagaan. Hanya kita mohon ampun beribu ampun, sembah patik semua mohon diampun, kami tidak sanggup menTunBiajidkan diri kami dan tidak sanggup pula mengTunIsapkan diri kami. Ampun Tuanku.

Cempaka biru kembang di taman,
Tersemat di baju gadis rupawan,
Setia Melayu sepanjang zaman,
Demi Tuanku Duli Yang Dipertuan.

Mengangkat buah di tepi pangkalan,
 Bawa berniaga di bulan puasa,
 Semangat Hang Tuah menjadi ikutan,
Setia kepada raja dan negara.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Tempana Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.