`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 2, 2014

Berita yang merimaskan Hj Hadi dan menantunya...

MP gesa Azmin kaji jawatan abang Raja Petra

MP Kuala Langat menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin - Raja Idris – dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan prestasi yang didakwa kurang memberangsangkan.

 Abdullah Sani (bawah) membuat cadangan itu sewaktu menggesa Azmin menyemak semula prestasi-prestasi GLC negeri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

 Beliau mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan perangsang yang menurutnya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

 Raja Idris, 60 tahun, seorang warga British adalah pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), serta perunding eksekutif merangkap penasihat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). "Saya melihat latar belakang ini termasuklah kedudukan Yang Mulia Raja Idris jika perlu, dikaji semula kedudukan beliau untuk mengangkat martabat Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

 Pelantikan Raja Idris ke dalam GLC negeri pada tahun 2012 turut mencuri perhatian pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik seorang warganegara asing untuk mengetuai GLC.

 Raja Idris pada masa itu mempertahankan pelantikannya atas alasan beliau adalah seorang kerabat diraja Selangor dan pelantikannya diperkenan oleh sultan Selangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.