Friday, October 3, 2014
Jururawat kerajaan kantoi
Sekeping gambar yang menunjukkan seorang jururawat sebuah Hospital Kerajaan yang sedang leka melayari laman sosial Facebook kini sedang viral di ruang siber.
Menurut pengirim gambar berkenaan, jururawat tersebut leka bermain Facebook hinggakan tak menyedari pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Hospital terbabit.
Jika inilah kualiti yang ada pada jururawat Hospital kerajaan, tak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang merungut tentang perkhidmatan mereka.
Sewajarnya kakitangan kerajaan seperti jururawat tersebut lebih mengutamakan pesakit, bukannya asyik melayari laman sosial sewaktu tempoh berkerja.
Ini bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan juga pihak Hospital, tetapi ia menunjukkan sikap tidak amanah jururawat terbabit. - Utaranews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.