`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 28, 2014

LAGI PROGRAM PENERANGAN RAKYAT HAKIM NEGARA MENJELANG PERBICARAAN LIWAT II MAHKAMAH PERSEKUTUAN, ANJURAN AMK PUSAT YANG KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.



Amat jauh berbeza suasana di Universiti Malaya himpunan rempuh pagar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dimana tidak kurang 1,500 para mahasiswa dan penyokong Parti KeADILan turun walaupun hujan renyai untuk 
mengikuti pidato Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program Penerangan Rakyat Hakim Negara tanda tunjuk solidariti kepada Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes rayuan Liwat II Mahkamah Persekutuan, yang berlangsung di Stadium Mini 3K MPSJ, Subang Jaya semalam, anjuran AMK Pusat, kalau diambil kira angka yang hadir, amat mengecewakan sekali, walaupun membariskan para penceramah terdiri dari pemimpin-pemimpin  peringkat tertinggi KeADILan.

Memberi mesej yang amat jelas betapa AMK kini dilihat gagal dalam memujuk dan menarik sokongan rakyat terutamanya anak-anak muda kepada PKR sedangkan anak-anak muda yang non partisan jumlah yang cukup ramai itu majoritinya menyokong perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah AMK masih enggan terima kenyataan dan kebenaran ini?????

KeADILan masih mengharapkan sosok tubuh Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan rakyat ... laungan dan cerita kononnya jika Anwar masuk penjara akan timbul jutaan Anwar lawan kezaliman dan keadilan ternyata suatu retorik omong kosong yang tidak berpijak di alam nyata dan realiti jika suasana dan sambutan sebegini rupa berterusan.

Ternyata, AMK jika berdiri keseorangan dalam apa jua situasi dan keadaan untuk menghasut rakyat menyokong Pakatan Rakyat dalam bersolidariti menyokong Anwar Ibrahim hasilnya amat mengecewakan sekali.  Kekuatan AMK tidaklah sehebat mana jika di ambil kira dengan suara nyaring boleh runtuh siling tumbang dinding pada Kongres Nasional 2014 yang lalu.

Kena terima hakikat .. jika jumlah yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya perbicaraan kes rayuan Liwat II agak besar, itu bukan kerana daya usaha atau gerak kerja keras AMK, tetapi para NGO yang pro PR dan bersimpati dengan DSAI.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.