Johor Bahru: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori ais di Jalan Kluang-Batu Pahat berhadapan Balai Bomba Ayer Hitam dekat Batu Pahat, petang tadi.
Roslee Bungkile, 50, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya merempuh lori ais.
Manakala, pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan.
Komander Operasi Fadly Abu Hassan bersama lima anggota dari Balai Bomba Ayer Hitam terus ke tempat lejadian dengan satu jentera selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Menurutnya, dalam kemalangan itu seorang kanak-kanak berusia enam tahun turut mengalami kecederaan.
Bagaimanapun dia sudah dihantar ke hospital oleh orang awam ketika bomba tiba di lokasi kejadian, katanya.
- See more at: http://sosejroll.blogspot.com/2014/10/maut-rempuh-lori-ais.html#sthash.ByQFPcIa.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.