Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak
gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam
bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam
Sari, Bangi, di sini.
Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman
lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas
ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat
dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.
Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada
di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.
Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk
pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak
memecahkan pintu. – paapaada.blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.