`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 24, 2014

AIYA...THE POTRAIT NOT CHIN PENG MAA...(VIDEO PEMBIKINANNYA)

Saksikan video pembikinan potrait tersebut:


Potret (mural) ini dilukis oleh seorang pelukis Lithuania Ernest Zacharevic untuk OLDTOWN White Coffee, terletak di Ipoh.

Walaupun wajah dalam mural itu bukan Chin Peng, tapi disebabkan ia mirip pemimpin komunis itu, Bandaraya Ipoh mahu gambar itu diubahsuai...

 SUMBER

Sebelum ada yang nak labelkan Yong komunis (tak layak bertanding dalam pilihanraya), biar Yong cakap sekarang - Yong bukan pengikut Karl Marx, Mao Zhi Dong, Lenin, Stalin, etc... Yong juga bukan pengikut J.J. Rousseau, Abraham Lincoln, etc.

Jadi, Yong tentu tidak berkenan kalau wajah Chin Peng, Abraham Lincoln, Frank Swettenham atau para ideologis timur-barat dilukis di dinding-dinding di negara Malaysia yang aman ini.

Tapi tak payahlah kita paranoid sangat!

Bagi Yong wajah seorang Cina tua hampir sama antara satu sama lain. Harap kenyataan ini tidak menyinggung warga Cina Malaysia. Yang membezakannya mungkin saiz badan - gemuk atau kurus, tinggi atau rendah.

Hampir sama = mirip tetapi tidak sama.

Tetapi kalau mengubah gambar itu boleh menghilangkan gangguan pada hati dan mental mereka yang ada adik-beradik yang mati dibunuh komunis, ubahlah.

Apapun, janganlah sampai suruh letak songkok untuk jadi Melayu pulak!

Hormatilah hak syarikat milik kaum Cina itu untuk meletakkan wajah seorang lelaki tua bangsa Cina. Ini kerana negara kita berbilang kaum. 

Jika kita hormat orang, maka orang akan hormat kita balik.

Tapi... tolong jangan lukis wajah mirip Soi-Lek!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.