Tuesday, December 23, 2014
Amah Didera, Dicabut Gigi, Kemaluan Disula, Direnjat Elektrik & Dipaksa Minum Air Kencing
AMPANG - Seorang pembantu terpaksa melalui detik-detik yang mengerikan apabila dia didera dengan kejam oleh majikannya setiap hari.
Wanita malang yang berusia 32 tahun itu diseksa oleh majikannya di Pandan Indah semenjak lapan bulan yang lalu.
Dedah mangsa, minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. serta kemaluannya juga disula dengan objek keras dipercayai kayu selain dari giginya dicabut.
Tidak cukup dengan itu, mangsa juga dirotan, direnjat dengan elektrik serta dipijak di kepala dan badan selain dipaksa makan najis.
Bagaimanapun, penderitaan mangsa berakhir apabila dia diselamatkan oleh jiran, susul penemuan nota yang ditulisnya,
"Tolong, bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.
Jiran yang menemui nota berkenaan terus menghubungi pihak polis dan pada jam 6.20 petang Sabtu yang lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah menyerbu rumah terbabit bagi menyelamatkan mangsa dan menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.
Dedah jiran mangsa, mereka kerap terdengar mangsa menjerit dan merayu agar dikasihani.
“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan. Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,” katanya.
Dalam serbuan ke 'pusat penyeksaan' itu, polis juga telah merampas sembilan jenis rotan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.Sebuah alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik pada jari mangsa turut dirampas.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.
mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.