`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 20, 2014

DBKL belanja besar untuk sumber luar, kata DAP

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan bayaran yang digunakan DBKL untuk kerja-kerja sumber luar dengan senarai tugas yang dilakukan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan bayaran yang digunakan DBKL untuk kerja-kerja sumber luar dengan senarai tugas yang dilakukan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014. 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa menggunakan dana yang besar bagi membayar khidmat agensi luar melaksanakan tugas mereka, kata pemimpin DAP Lim Lip Eng.
Ahli Parlimen Segambut itu dalam satu kenyataaan di Kuala Lumpur semalam berkata, DBKL menggunakan sejumlah RM1.044 bilion atau 64.2% daripada keseluruhan belanjawan pengurusannya yang berjumlah RM1.63 bilion untuk tahun 2015, dibelanjakan bagi perkhidmatan dan bekalan kesemua kontraktor dan sub-kontraktor.
"Apa lagi kerja yang DBKL buat sebenarnya?" kata Lim dalam kenyataannya.
Lim turut berkata, DBKL turut menggunakan khidmat Telekom Malaysia Bhd bagi menyelia Kontrak Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memantau aliran kesesakan dan kesalahan trafik, manakala hal ehwal bil dan kutipan hasil pungutan daripada pengiklanan, serta lesen perniagaan dan komersial pula dipantau dan disimpan oleh Oracle Synergy Sdn Bhd.
"DBKL nampaknya menjadi agensi penyumber-luar terbesar di Malaysia, sama ada benar atau tidak, Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Ahmad Phesal Tailib) dan juga Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) harus jawab," katanya.
"Adakah tugas DBKL begitu picisan tarafnya setakat menukar nama jalan dan mengambil tindakan terhadap gelandangan?" soalnya lagi.
Beliau turut menggesa Tengku Adnan untuk menjelaskan kepada warga kota tugas sebenar DBKL setelah demikian banyak tugas-tugasnya disumberluarkan selain daripada aktiviti berbasikal sebulan sekali pada hari tanpa kereta setiap pagi Ahad pertama setiap bulan.
"Tidak masuk akal bagi DBKL mempunyai belanjawan RM2.44 bilion bagi tahun 2015 yang lebih tinggi sedikit berbanding belanjawan Selangor yang bernilai RM2.42 bilion walhal Selangor mesti melayani populasi 3.2 kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur, dan kawasan perkhidmatannya pula meliputi seluas 33 kali ganda keluasan ibu kota."
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.