`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 18, 2014

JOKOWI PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG KESTABILAN RUPIAH...NAJIB LEK JE......

Gelar Rapat Terbatas, Jokowi Bahas Stabilitas Rupiah


JOKOWI PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG KESTABILAN RUPIAH...


Jakarta, CNN Indonesia - Presiden Joko Widodo (Jokowi) menggelar rapat terhad guna membahas kestabilan nilai tukar rupiah menyusul terjadinya melemahkan mata wang dalam negeri.

Begitu dominannya nilai pertukaran dolar Amerika Syarikat terhadap rupiah hingga nyaris menyentuh Rp 13 ribu semalam, membuat Jokowi merasa perlu mengambil tindakan lanjut terhadap kejadian tersebut dengan memanggil menteri-menteri bidang ekonomi dan menteri lain yang berkaitan.



Beberapa menteri yang ikut dalam mesyuarat terhad antara lain Menteri Koordinator Bidang Ekonomi Sofyan Djalil, Menteri Kewangan Bambang PS Brodjonegoro, Menteri Perancangan Pembangunan Nasional / Kepala Badan Perancangan Pembangunan Nasional Andrinof Chaniago, Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Siti Nurbaya, Menteri Alam Sekitar dan Tata Ruang Ferry Mursyidan Baldan, dan Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

Jokowi memaparkan melemahkan nilai tukar rupiah sebenarnya tak terlalu buruk jika dibandingkan dengan beberapa negara maju lain, seperti Jepun, Malaysia, dan Rusia.

"Kita berada dalam kedudukan yang baik," kata dia ketika membuka mesyuarat di Pejabat Presiden, Istana Presiden, Jakarta Pusat, Rabu (17/12).

Menurut Jokowi, kesempatan seperti ini seharusnya digunakan untuk mendorong industri agar dapat berorientasikan eksport dan boleh bergerak dengan cepat. "Sehingga boleh mengambil keuntungan dari kedudukan pelemahan rupiah ini," ucap dia. 

Agar melemahkan nilai tukar rupiah tak berlangsung lama, Jokowi mendedahkan kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Bank Indonesia (BI) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK).

Selain membincangkan kestabilan nilai tukar rupiah, mesyuarat terhad hari ini juga membicarakan soal strategi pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi, peringkat akhir Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Kebangsaan (RPJMN) 2015-2019, semakan Rencana Kerja Kerajaan (RKP) 2015, dan Anggaran Kementerian 2015, terutama yang 

mengalami perubahan nomenklatur.



Nilai ringgit dan minyak jatuh: Apa Najib nak buat?


 HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini. 

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing. Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara mereka. 

Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita. Ringgit jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. 

Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa bulan lagi. Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. 

Sama ada daripada Tan Sri Zetti, Gabenor Bank Negara mahu pun daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah menghadapi masalah besar negara kini. Kita mahu mendengar apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang ahli akademik dari universiti tempatan dan beberapa pandangan daripada pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.

 Yang kita dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik semata-mata. 

Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja. PM Najib sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu. Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang sedang hendak dilakukan oleh pemimpin kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.