`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 17, 2014

Ketua Kampong, JKKK dan Politik Perpecahan UMNO



Ketua kampong dan JKKK.

Seorang ketua kampong, di Negeri Sembilan menghalau sekumpulan perkerja parti politik daripada menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Apo kono ekau eh jang?

Kenapa dia buat demikian? Akibat perbuatan angkuh itu, mangsa banjir yang boleh dapat sumbangan dinafikan. Ini kerja bodoh sombong yang hanya diasosiasikan dengan tali barut UMNO. Orang kampong berhak memilih untuk menerima atau menolak bantuan dan pilihan tersebut bukan ditentukan oleh seorang ketua kampong samseng. Inilah gara2 ketua kampong dapat kuasa yang diperturunkan, bukan diundi masyrakat- jadi mabuk kuasa dan berlagak kuku besi.

Inilah juga tindak tanduk orang kerdil yang mendapat kuasa- jadi gila kuasa macam UMNO. Perhatikan lagak UMNO. Walaupun UMNO menang 88 kerusi parlimen, tapi jumlah undian yang mereka dapat bukanlah majority. BN hanya mendapat 47% dari undi popular tapi lagak nya macam menang semua. Ini sifat orang tak sedar diri yang sepatutnya kadarkan diri dan menghitung zaman hilang kuasa. Janganlah sombong nanti semua kena bongkar dan akhirnya masuk jel.

Hari ini saya memberi sedikit pandangan mengenai ketua kampong dan JKKK. Saya ada pengalaman langsung dengan JKKK semasa saya ADUN UMNO dahulu. Kalau saya ada kuasa, saya akan susun semula semua JKKK dalam negara kita untuk menjadkan JKKK benar2 pemangkin kemajuan kampong2. 

Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan siapa jadi ketua kampong. ‘kuasa pasaran’ yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat.

Saya ada bertanya kepada menteri yang berkenaan mengenai perkara ini dan sah lah JKKK bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Saya ingin tahu jika sebuah pertubuhan sukarela untuk keselamatan di Pulau Pinang dianggap haram kerana antara nya tidak berdaftar dengan ROS, bagaimana kedudukan JKKK? Ia pun bukan organisasi yang berdaftar dengan ROS. Haram atau tidak?

Sebagai organisasi yang tidak berdafar, JKKK tidak perlu mengemukakan penyata kewangan dan lain2 dokumen.Ini menyebabkan orang kampong ingat JKKK super kuasa.

Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada institusi yang bernama JKKK ini. Kita tahu ianya front kepada UMNO. Bahkan untuk subvert JKKK dalam negeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh UMNO menubuhkan JKKKP- jawawatan kuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan. Maka dalam kampung2 dibawah perintah PR ada dua JKKK satu milik UMNO satu milik kerajaan negeri. Ini satu perbuatan yang tidak gentleman dan angkuh.

Ketika saya mebahaskan perkara ini suatu ketika dahulu, Noh Omar kemudian nya menjawab bahawa kerana kerajaan persekutuan mahu memastikan setiap sen bantuan sampai kepada rakyat, maka JKKP ditubuhkan. Jika begitu lagak UMNO, maka kenakan cukai hanya keatas orang UMNO sahaja dan belanjakan hasil kutipan tersebut atau puak gerabak UMNO. Barulah adil.

Ertinya, secara implisit nya, Noh Omar memperakui bahawa banyak wang dan peruntukan disapu dan disonglap oleh JKKK UMNO. Atau, Noh Omar angkuh menyangkakan bahawa jujur, ikhlas dan amanah itu sifat2 yang hanya dimonopli JKKK UMNO.

Izinkan saya menyatakan awal2 lagi- tanggapan demikian amat meleset sekali. Ramai ketua kampong yang menyapu agihan tanah untuk keluarga dan kenalan terdekat dan caj duit untuk khidmat yang diberi; ramai ketua kampong menyapu peruntukan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, sapu saham Felcara, ramai ketua kampong yang menjual tanah milik orang Melayu dan ramai ketua kampung tidak amanah, jujur dan ikhlas bahkan mengambil kesempatan untuk eksploitasi orang kampong yang sedang dalam keadaan memerlukan bantuan.

Jenis ketua kampung macam inilah yang saya mahu ganti dengan mereka yang berkualiti tinggi. Tujuan saya ialah jika kita mahu membangunkan kampung yang penghuni nya rata2 Melayu, pimpinan peringkat kampong mestilah yang jujur, amanah disiplin dan berkelayakan
.
Ketua kampong kebanyakan terdiri dari ahli dan ketua cawangan UMNO. JKKK mempunyai sub pengerusi bahagian2 tertentu- agama, sosial, belia, wanita dan sebagainya mengikut kehendak setempat.Pada prinsip nya, ini suatu orgnisma pentadbiran yang baik. Melalui JKKK, kerajaan yang memerintah dapat menyalurkan dasar, maklumat dan juga menerima input dan pandangan masyarakat kampung.JKKK boleh melakukan kebaikan kepada kampong dan kerajaan yang memerintah.

Reformasi JKKK.

Sebagai sebuah mekanisme pentadbiran yang berpotensi, JKKK harus dimodenkan. Maksud saya begini. Sebagai sebuah mekanisme pemajuan barisan hadapan yang penting untuk masyarakat kampong yang rata2 nya Melayu, JKKK dan ketua nya mesti terdiri dari mereka yang terbaik dan paling berbakat dalam kampong tersebut. Ertinya, setiap pimpinan nya mesti berkualiti tinggi. Dan antara patanda terbaik ialah tahap pendididkan, pengalaman, keperibadian serta komitment. Bagaimana kita membangunkan bangsa Melayu, jika pimpinan diperingkat kampung terdiri dari samseng, dan si koro? Bukan saya hendak merendahkan ketua kampong- tapi apa pemikiran besar yang boleh kita cungkil dari minda lulusan SRP atau kurang dari nya? Jangan kita emosional dengan kenyataan seperti ini. Jika kita mempunyai kelulusan demikian, buatlah tugas yang setara dengan kelayakan bukan memimpin kampong. Menjahanamkan kampong lagi ada.

Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang2? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik. JKKK tidak ada kuasa executive atau membuat dasar. JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk mambantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja. Ia tidak ada kuasa undang2.

Tahukah kita, pengerusi JKKK atau ketua kampong kebanyakan terdiri dari ketua cawangan UMNO? Dan latar belakang mereka adalah biasa sahaja. Dari tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pencen penjawat awam dan ramai juga terdiri dari orang gagah kampong atau kaki buli. Mundar mandir dengan geng2 menakutkan orang ramai.

Semasa saya dalam UMNO dahulu saya mencadangkan kerajaan membubarkan kumpulan yang bernama JKKK ini. Setiap 2 atau 3 tahun sekali, apabila mahu menukar ketua kampong, akan berlaku kekecohan. Tidak ada ketua kampong yang mahu undur diri. Bukan sahaja sekarang ada elaun RM800 sebulan, tapi setiap mesyuarat dapat elaun mesyuarat. Puak2 dalam kampng akan bertelagah berebut jawatan ketua kampong. Dibeberapa daerah dan kampong dalam negeri Pahang, kadang2 sampai setahun dua tahun ketua kampong tidak dapat dipilih.

Saya cadangkan untuk megambil alih jawatan ketua kampong, kita ujudkan pegawai pembangunan kampong dan desa. Pegagai ini adalah penjawat awam yang mempunyai kelayakan minima diploma yang di tempatkan dalam sebuah lokasi dan menjaga 2-3 kampung. Mereka ini pula akan melapur diri kepada seorang penghulu yang menjaga sebuah mukim. Penghulu pula mestiah mempunyai kelayakan minima ijazah.

Kenapa saya buat cadangan demikian?

Sebab saya merasakan bahawa kalu kita serius mahu membanungkan masyarakat desa dan kampong, pimpinan diperingkat asas mestilah yang terbaik dari segi bakat, dedikasi dan komitment. Dan dia mesti bebas dari ancaman politik dan percaturan politik picisan peringkat kampong.

Setiap pegawai pembangunan kampong boleh menubuhkan jawatankasa terdiri dari warga kampong untuk menerima input operational kepada pegawai pembangunan kampong.

Sudah sampai masa nya masyarakat Melayu menyusun diri mereka secara moden dan membebaskan diri mereka dari sisa2 instusi yang fiudal seperti ketua kampong dan penghulu.

Ini cara kita mahu kedahadapan.

Hari ini kita dengar seorang ketua kampong melarang satu kumpulan ahli PKR dari memasuki kampong nya. Kumpulan dari PKR sepatutnya melapurkan kepada polis mengenai halangan tersebut. Seorang ketua kampong tidak ada otoriti- JKKK tidak berdaftar dengan ROS dan ianya suatu pertubuhan sampingan untuk membantu pejabat daerah mentadbir kampong. Melarang orang bergeral sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.

Inilah saya katakan- kita semua mahu membangunkan bangsa Melayu tapi pimpinan peringkat paling asas iaitu JKKK diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun sekolah dan seumpanya. Bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika kita biarkan pimpinan bangsa Melayu dibarisi oleh mereka yang paling kurang bakat?

Saya bukan hendak merendahkan JKKK- tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tdak ada keujudan dari segi Undang2 kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak. JKK hanya memudahkan kerja2 pejabat daerah dan yang bertanggung jawab pada kampong dan mukim ialah penghulu, pegawai2 berkenaan dan akhir sekali pegawai daerah. Dan pegawai daerah berkerjasama dengan ADUN dari phak kerajaan. Perkara ini kita boleh terima, tapi untuk JKKK bertindak diluar bidang kuasa mereka, ini suatu kesalahan undang2.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.