`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 18, 2014

Pelajar Tingkatan Dua Dipaksa Minum Arak Sebelum Disetubuh


SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk 
minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya
dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun 
itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati
mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad 
berkata,mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu 
bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama 
seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah 
jiran,bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke
rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui 
sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang 
daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak
saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk
kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk 
membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila 
mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama 
tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa
telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan 
memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.Beliau berkata, ibu mangsa 
yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD)Sabak Bernam.Katanya, kes itu akan disiasat di 
bawah Seksyen 376Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.