`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 24, 2014

Ramai Keluar Saksi Fenomena Air Pasang Besar Malam Ini

ORANG ramai meletakkan kenderaan di bahu jalan Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, bagi menyaksikan fenomena air pasang besar di Kampung Pulau Duyung malam ini


KUALA TERENGGANU: Beberapa lokasi termasuk Pulau Warisan, Pasar Besar Kedai Payang (PBKP), Jambatan Sultan Mahmud dan Pantai Batu Buruk di sini, dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri dari dekat fenomena air pasang besar, malam ini.

Kebanyakan mereka tidak menghiraukan cuaca hujan serta angin kuat dan berani mengambil risiko keselamatan dengan membawa keluarga melihat air pasang besar.

Biarpun pihak berkuasa memberi amaran angin kencang dan kemuncak air pasang besar, lokasi berkenaan umpama pesta apabila dibanjiri kenderaan sehingga berlaku sedikit kesesakan lalu lintas.

Malah, polis turut mengawal lalu lintas menghala ke Pantai Batu Buruk, bagi menghalang orang ramai menghampiri kawasan pantai itu.

Seorang guru, Latif Mohd, 40, berkata dia membawa isteri dan empat anaknya berusia empat dan 15 tahun untuk melihat fenomena air pasang besar, namun tidak berani menghampiri kawasan pantai lebih dekat.

"Pagi tadi kecoh kawan bercerita mengenai air naik akibat air pasang besar di Pulau Warisan dan PBKP, jadi saya bawa keluarga untuk melihat sendiri keadaannya.

"Nampak air Sungai Terengganu di jambatan Pulau Warisan ini mula meninggi dan PBKP juga sudah mula naik air," katanya.

Tinjauan BH juga mendapati, peniaga di PBKP sibuk menyelamatkan barangan niaga mereka ke tempat tinggi bagi mengelak rosak akibat banjir, manakala orang ramai termasuk kanak-kanak bermain air banjir.

Selain itu, jalan masuk dan keluar di Pulau Warisan; Pantai Batu Buruk dan PBKP sesak dengan kenderaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.