`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 23, 2014

Syarleena – ISMA guna wanita jatuhkan mertabat wanita

Pernyataan Dr Fatimah bahawa para wanita lebih sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu kerana hormon, DNA dan emosinya dibuat untuk tujuan itu adalah suatu kenyataan seksis
syerleena_isma_300GEORGE TOWN: Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid menyelar kenyataan Dr Fatimah Zaharah Rosli dari ISMA bahawa wanita ditakdirkan menjadi ibu dan mengurus rumahtangga kerana DNA mereka telah dicipta demikian.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) berkata bahawa kenyataan dari ISMA itu adalah satu diskriminasi terhadap wanita.
“Kenyataan Dr Fatimah adalah sangat mengejutkan dan tidak berasas dan sangat tidak rasional.”
Syerleena menyimpulkan bahawa Dr Fatimah berfikiran begitu dan terpengaruh untuk bersikap seksis terhadap golongan wanita adalah kerana beliau sendiri hidup di dalam suasana dan lingkungan di mana kaum lelaki mendominasi masyarakat.
“Akibatnya, para wanita ini menjalankan peranan yang ditetapkan oleh kaum lelaki, sebagai satu mekanisma untuk membela kaum mereka dan ini memburukkan lagi diskriminasi terhadap wanita.
Syerleena menganggap Dr Fatimah sebagai produk struktur sosial yang didominasi kaum lelaki adalah sesuatu yang menyedihkan dan beliau menyayangkan sikap Dr Fatimah dan ISMA yang menyekat kebebasan wanita untuk maju.
“Sikap diskriminasi ISMA terhadap wanita Malaysia adalah merupakan bentuk diskriminasi yang paling rendah iaitu menggunakan wanita untuk menjatuhkan martabat wanita.”
Syerleena juga menolak theori Dr Fatimah bahawa masalah yang dihadapi anak belasan tahun sekarang ini seperti hamil di luar nikah, pernikahan dini dan penagihan dadah adalah disebabkan oleh ketiadaan susuk seorang ibu.
Menurut Syerleena, antara faktor penyebab penagihan dadah adalah genetik, psikologi, lingkungan, trauma, masalah keluarga, penderaan fizikal atau seksual manakala kehamilan di luar nikah disebabkan oleh kekurangan pendidikan seks. “Ada juga yang disebabkan oleh pemerkosaan, penderaan seksual dan sumbang mahram.”
Syerleena bagaimanapun menyatakan bahawa beliau memahami keadaan Dr Fatimah yang harus bekerja disamping menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu, namun kenyataan ISMA dapat menyebabkan kemunduran pembangunan ekonomi negara sambil menambah, “Menyekat hak wanita Malaysia untuk berpartisipasi di dalam bekerja juga dapat berakibat merosakkan struktur sosial.”
“ISMA sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang mempraktekkan diskriminasi terhadap kaum wanita. ISMA bertindak menghalang setiap usaha rakyat Malaysia untuk mencipta lingkungan yang lebih seimbang demi menaikkan imej Malaysia.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.