`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 17, 2014

TUDUHAN LIAR TERHADAP MUSA AMAN


YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman hanya ahli UMNO  bermula pada tahun 1991. Ianya disebabkan apabila semua ahli USNO secara automatik menjadi ahli UMNO sewaktu parti itu mengembangkan sayapnya di Sabah pada tahun tersebut.

Kemasukan UMNO atas sebab jemputan USNO sendiri akibat tikam belakang salah satu komponen BN di ambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Musa tidak mempunyai kuasa pada awal kemasukan UMNO dan beliau hanya sebagai anggota biasa sahaja. Adalah mustahil seseorang yang tiada kuasa boleh bertindak sebagai seorang Ketua Pendaftar PATI!

Laporan RCI jelas-jelas menyebut PATI yang diberikan kad pengenalan melalui sindiket hanya bermotifkan kewangan.

Musa seorang peniaga yang berjaya malah mempunyai bank sendiri. Beliau tidak memerlukan menjual kad pengenalan secara haram untuk mendapatkan wang.

Dakwaan melibatkan Musa seperti itu hanyalah sebagai karut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.