`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 12, 2015

Bung terlintas mahu Sabah keluar Malaysia



Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau pernah terlintas untuk menyokong gerakan Sabah keluar dari Malaysia apabila mengenangkan nasib negeri itu yang dilihat seperti 'anak tiri' dalam persekutuan.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Umno itu mengulas isu elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah, yang jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah yang bertugas di semenanjung.

"Kita ini seperti dianaktirikan. Sebab itulah ada gerakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Kadang-kadang rasa terpanggil mahu bersama (mereka). Tetapi saya ingatkan yang itu cerita lain," kata ahli parlimen Kinabatangan.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.