`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 19, 2015

Nak Beli Kereta Cukai Mahal, Nak Guna Bas Tambang Naik, Nak Bayar Bil Kena Cukai.



Apa nak jadi dengan diri kita neh. Serba serbi menghimpit kewangan yang kita tak seberapa pun.

Hari ini ada 2 berita yang mengesahkan bagaimana GST akan membebankan rakyat Malaysia. Ini realiti kehidupan. Bukan macam iklan-iklan bodoh di kaca tv tue.

Yang pertama tambang pengangkutan awam bagi beberapa kategori seperti bas ekpress dan teksi akan dinaikkan sehingga mencapai kadar 67% banyaknya.

Kenaikan akan bermula pada 1 April 2015. 

Kenaikan ini dikatakan tiada kaitan dengan GST. Sebaliknya berpunca dari kos penyelenggaraan dan insurans yang semakin meningkat.

Kenaikan yang sama juga akan berlaku ke atas setiap tambang bas ekpress. Kenaikan itu pula akan mencapai hingga ke tahap 22.6% tingginya.

Pada awalnya berita melaporkan tambang bas ekpress akan dinaikkan pada 1 April 2015. Namun entah macam mana SPAD tukar keputusan dengan 'meminda' tarikh kenaikan pada 15 Mei 2015. Aku rasa dorang sedar yang rakyat sedang menganalisa tindakan mereka.

Kau kata GST tidak akan mempengaruhi pengangkutan awam. Tetapi tambang itu juga la yang naik selaras dengan pengenalan GST. Kau tak perlu mengaku. Tetapi rakyat ada akal untuk menilai.

Serentak dengan pengumuman SPAD, kita didedahkan pula bahawa membayar bil juga akan dikenakan GST.

Baca ;



Bayar bil akan dikenakan GST. Walaupun bayar di kaunter Pos Malaysia.

Pendek kata, semua perkhidmatan yang dicaj ke atas kita oleh bank atau apa-apa jenis perkhidmatan sekalipun, kita tertakluk kepada pembayaran cukai.

Bil internet kita akan dicukai.
Transfer duit akan dicukai.
Bayar bil akan dicukai.
Keluar duit ikut MEPS akan dicukai.
Elektrik kita akan dicukai.
Beli barangan akan dicukai.
Guna kenderaan akan dicukai.
Guna jalanraya pun ada cukai.
Kalau takde cukai akan berlaku kenaikan.
Kita akan berdepan dengan cukai dan kenaikan atau kedua-duanya sekaligus dalam persediaan menghadapi GST.

Dan GST masih lagi tidak akan membebankan rakyat Malaysia kata menteri.

Yang memperkenalkan polisi itu menteri.
Yang terkesan dengan polisi itu rakyat.
Oleh kerana menteri yang perkenalkan maka adalah amat wajar untuk menteri pertahankan polisi tersebut.
Tapi bukan kah yang patut menentukan samada polisi itu membebankan atau tidak, ia adalah tanggungjawab rakyat untuk mengulas?
Menteri tak boleh dan tak patut jawab bagi pihak rakyat. Biar rakyat sendiri yang bersuara. Sila buat pungutan suara. Sila buat bancian sekarang. Tengok rakyat terima atau tidak pelaksanaan GST yang mencukai kebanyakkan perkara samada miskin atau kaya. Aku nak tengok macam mana menteri ternganga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.