`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 21, 2015

Curi dengar apa makna GST kepada orang biasa

       



Oleh Edmund Lee

 

PANTAUAN GST: Tidak ada sehari yang berlalu tanpa ada komen dibuat ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan ataupun GST dan kerajaan.
Ketika menikmati makan tengah hari di medan selera terkenal baru-baru ini, saya tidak dapat menghalang diri daripada terdengar perbualan menarik antara pemilik warung dan seorang pelanggan, yang juga kawan baik beliau.
Ianya lebih kurang seperti berikut (diterjemah secara kasar daripada Hokkien)
Pelanggan: “Wah, mengejutkan sekali awak tidak menaikkan harga makanan seperti orang lain?”
Pemilik warung: “Saya hanya hidangkan bahagian yang lebih kecil. Setakat ini pelanggan tidak komplen. Tetapi saya berasa teruk juga. Sebenarnya pun, tidak ada banyak pilihan.”
Pelanggan: “Maknanya awak juga kena GST kah? Saya ingat makanan tiada GST.”
Pemilik warung: “Sewa bulanan saya baru saja naik daripada RM600 kepada RM800 termasuk GST. Pemilik warung yang lain juga mengadu. Tetapi apa yang dapat mereka lakukan?
“Pelanggan tidak faham. Bahan-bahan kami juga lebih mahal sekarang (beliau tidak nyatakan bahan apa).”
“Penghantar barang juga telah menaikkan tambang mereka. Makanan haiwan turut meningkat. Perniagaan-perniagaan besar telah meningkatkan harga mereka. Saya fikir ramai orang tidak faham GST.

Maka ambil langkah selamat loh, hanya tambah enam peratus atau lebih kepada apa saja yang mereka jual. Pelanggan terpaksa bayarlah.
“Kerajaan tidak faham bagaimana kami beroperasi. Kami berbeza dengan syarikat-syarikat besar yang mendapat perolehan setiap tahun.” (Apa saja yang dimaksudkan oleh beliau)
Pelanggan: “Matilah orang macam kami, makan gaji saja. RM50 kita semakin kecil. Apa maknanya? Kerajaan kata harga barang akan turun selepas GST. Baca surat khabar dan tekanan darah saya sudah mahu naik.”
Pemilik warung: “Anak lelaki awak sudah habis belajar di England?”
Pelanggan: “Tahun ini akan tamat. Tetapi pound sterling juga sangat tinggi hari ini. Kadar tukaran wang asing sedang meningkat. Mahathir hentam Najib.


Kerajaan berkata apabila Mahathir memarahi Najib, ringgit akan jatuh. Setiap hari beliau buka mulut, sesuatu berlaku. Najib tidak membuka mulut, sesuatu juga berlaku. Bagaimana untuk jelaskan ini?

“Apabila anak saya bergraduat, saya mungkin sudah masuk hospital. Bay tahan liaw (sudah tidak dapat tahan)”

Pemilik warung: “Terdengar yang pemilik kedai mungkin akan naikkan kadar sewa tahun depan. Bagaimana hendak naikkan harga saya kepada pelanggan?

“Sesetengah bimbang tentang kolesterol. Sesetengah bimbang tentang berat. Ramai bimbang tentang GST. Kolesterol, berat dan GST semua saya kena. Susahlah.

“Tidak boleh minta mereka makan lebih banyak nasi yah?

“Anak muda sekarang guna Internet untuk berniaga. Macam mana mahu ikut? Saya tidak main Facebook atau WhatsApp. Saya hanya main mahjong.

“Chiak par tan see loh (makan dan tunggu masa untukmati). Jiew lai jiew kan koh (banyak perkara telah menjadi dari buruk kepada parah)."

Pelanggan: "Haiyah, kong bay liau (Cakap tidak akan habis). Orang salahkan 'angmoh chaboh' (wanita Inggeris) yang mencetuskan gempa bumi.

“Mak saya berkata jika Tuhan marah dengan beliau Tuhan akan hantar petir serang dia. Koh lien (kasihan dia) tetapi dia tidak bolehlah buka baju begitu. Beh siaw lee (tiada kesopanan).

“Mak saya juga berkata Tuhan marah dengan kerajaan kerana membuatkan rakyat sengsara. Hantar gempa bumi, hantar banjir, hantar kebakaran untuk beri mereka amaran. Mereka masih lagi tidak tahu.”

Pemilik warung: “Hei, lebih baik awak jangan berkata begitu. Polis boleh tangkap awak. Seorang pelanggan saya yang juga peguam beritahu saya kerajaan mempunyai banyak undang-undang untuk tangkap rakyat untuk pelbagai sebab. Sehingga mereka tangkap awak, awak tidak tahu apa sebabnya. Tiada sebab juga mereka boleh tangkap awak.”
Pelanggan: “Aiyah, saya sudah tua. Tangkap saya untuk apa? Cakap pun tak boleh meh? Kerajaan gila. Bodoh.
“Orang tua rogol gadsi muda dan beliau mengandung, tidak masuk penjara. Undang-undang pelik, peguam itu beritahu saya. Bukan guna ladyfingers, tetapi jari orang tua. Peguam itu berkata beliau ada lubang tikus.”
Pemilik warung: “Kami hanya cari makan. Kenapa buat hidup begitu sukar? Kami makan sup, mereka makan suap. (atas sana ambil rasuah?)
“Kami mahu gembira. Mereka mahu buat kita menangis. Kenapa mereka suka begitu?”
Pelanggan: “Kong pun boh yong (cakap juga tidak berguna). Peng ann too hoh (asalkan masih aman sudah cukup bagus.
Jumpa lagi di lain masa. Terpaksa pergi.”
(Nota: Jika anda boleh faham GST, anda boleh faham perbualan ini juga.)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.