`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 10, 2015

Gambar polis, RELA belasah peneroka tersebar

Bukti itu telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Parti Sosialis Malaysia (PMS).

PETALING JAYA: Beberapa gambar telah disebarkan di laman sosial Facebook yang menunjukkan pergaduhan antara peneroka dan pasukan polis.

Kejadian itu didakwa berlaku di Ladang Air Hitam, pada Selasa.

Menurut laman Facebook rasmi Parti Sosialis Malaysia (PSM), seorang peneroka cedera di kepala selepas dipukul oleh anggota polis.

Peneroka berkenaan didakwa dipukul selepas dia menahan sebuah lori yang cuba masuk ke Ladang Gatco untuk membawa keluar kayu getah.

Katanya, peneroka itu cedera teruk diserang polis menggunakan belantan dan kemudian ditahan di balai polis.

PSM mendakwa, seorang wanita juga dimasukkan di hospital kerana dipukul sekumpulan polis dan RELA.

“Pada sebelah petang seorang lagi wanita ditahan tetapi tidak diketahui atas kesalahan apa.

“Wanita ini merupakan mangsa yang pernah buat laporan polis terhadap seorang pegawai polis yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya. Mereka berdua masih lagi berada dalam tahanan polis,” tulisnya.

Dia mendakwa, polis serta RELA menggunakan belantan dan bertindak ganas serta liar terhadap penduduk yang tidak mempunyai sebarang senjata.

“Beberapa polis menyuruh RELA menutup muka dan memberi arahan untuk menyerang peneroka.

“Polis yang memberi arahan tersebut menanggalkan tanda nama mereka dan memberi perlindungan kepada pegawai RELA tersebut. 9/6/2015. Sebarkan!,” tulisnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.