`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 24, 2015

Kenyataan Haji Hadi Awang ada benarnya

The group of 18 PAS leaders defeated in the recent PAS polls at the Jasamu Dikenang gathering held in Muar, Johor last Tuesday. They say they will now embark on a more inclusive Islamist movement. – The Malaysian Insider pic, June 22, 2015.

Pandangan Haji Hadi Awang yang parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.

Selalunya satu kumpulan serpihan itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.

Jika kita masih dibuai oleh sentimen tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang ‘formidable’. Kita belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.

Teruskanlah, tetapi berhati-hati sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini. Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.

Pakatan Rakyat yang baru ini wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’ dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka masalah yang sama akan tetap berlaku.

Kita lihat dalam Pakatan Rakyat yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.

Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan Rakyat yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.

Sesungguhnya PAS sekarang ini tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan ‘attribute’ asal parti itu yang konservatif. Sememangnya ‘attribute’ asal PAS begitu dari dahulu.

Perlu diingat semasa PAS mencuba menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang baru sedang mendekati PAS.

DAP kecewa dengan PAS kerana mahu tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila pilihanraya umum tiba nanti.

Walaupun begitu besar publisiti tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.

Dengan perpecahan DAP dengan PAS, kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang. Contohnya identiti UMNO yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada semua pihak. UMNO kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang dihinggapi HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.

UMNO yang dahulunya mempunyai imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu  bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya menjadi sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’ sahaja dan tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang hampir dengan kuasa sahaja.

Asri Muda merupakan seorang pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS tetap wujud dan segar sampai kehari ini.

Sesebuah parti itu ciri yang kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya. Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.

Mungkin ada gulungan G18 itu sedang memujuk hati mereka dengan berkata keadaan sekarang lain dan dulu lain. Tetapi natijahnya sama-sama kita akui satu kenyataan….PAS tetap akan wujud seperti sediakala jika tidak lebih dari itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.