`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 9, 2015

PAS melangkah 20 tahun kebelakang.........?

Pagi ni Wak teringin membuat sedikit ulasan tentang buah hasil dari muktamar ke 61 yang baru lepas. Pada penilaian Wak, muktamar ini tidak menampakkan banyak hasil yang menjurus kepada kemajuan dan keutuhan PAS, sebalik nya ia lebih banyak menjurus kepada 'kemusnahan' PAS.

Andaian yang Wak hujahkan ini ialah berdasarkan kepada terlalu ramainya pemimpin2 veteran telah dikeluarkan dari saf kepimpinan parti. Tiap2 pemimpin veteran yang terkeluar ini telah terbukti ada kelebihan masing2 dalam peranan nya memajukan PAS.

Sebagai satu contoh yang paling ketara ialah Mat Sabu, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan tentang kehebatan nya berpidato dalam berceramah. Tanpa beliau ceramah2 PAS pasti akan layu dan pudar.

Boleh juga dikatakan bahawa saf pemimpin2 ini lah yang mampu dan telah berjaya menarik ramai orang2 bukan Islam menyokong PAS. Tanpa sokongan dari bukan Islam PAS pasti akan terundur kebelakang sama seperti dengan keadaan nya 20 tahun yang lampau.

Senario politik Malaysia ini unik...... sebagai contoh, pemerintahan UMNO hampir tumbang pada PRU13 yang lalu, sebabnya pengundi2 bukan melayu terutama nya kaun cina tidak menyokong Barisan Nasional.

Mungkin PAS juga tidak lupa bahawa  parti nya mendapat durian runtuh pada PRU13 itu ada lah dari sokongan kaum bukan melayu.

Sekarang pemimpin2 yang mampu menarik sokong dari kaum bukan melayu sudah tidak berkuasa lagi dalam PAS, mereka semuanya hanya ahli biasa saja dalam PAS. Mampukah PAS mempertahankan sokongan kaum bukan melayu akan terus menyokong PAS?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.