`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 9, 2015

Wanita Dakwa Dipaksa Pakai Kain Sarung Di Pejabat JPJ



Seorang wanita mendakwa dipaksa memakai kain sarung di pejabat JPJ atau tidak akan dilayan.

Melalui satu status yang dimuat naik oleh wanita terbabit Facebook, dia ke pejabat JPJ atas tujuan menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan. Namun hasratnya itu menghadapi sedikit kesukaran apabila dipaksa memakai kain sarung untuk meneruskan urusan di pejabat JPJ.

Bersama status tersebut, wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar kejadian.

Menurut wanita itu, ketika dia berada di kaunter untuk mendapatkan nombor, dia diberikan kain sarung untuk dipakai.

“Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarung untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya”, katanya dalam posting tersebut.

“Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.

Posting tersebut telah menjadi viral di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial, menurut sumber Siakapkeli.my.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.