`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 7, 2015

[VIDEO] Ulamak Perlu Jawab, Apakah Tiada Larangan Fitnah & Cacian Dalam Quran?


DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

"Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label melabel berlaku dalam DHPP. Kami berharap Islam yang dibawa oleh kepimpinan ulama supaya ke hadapan.

"Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata gejala fitnah memftnah dan label melabel perlu diberikan perhatian oleh ulama.

Beliau juga mengajak ahli dan pimpinan PAS meneruskan gerak kerja untuk menewaskan Umno.

"Ahli dan pemimpin parti bersatu. Ulama dan profesional meneruskan gerak kerja yang berterusan sehingga ditakuti oleh Umno dan BN," katanya. -mk


Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran, soal penyokong bukan Islam PAS

Kepimpinan ulama PAS dikritik seorang bukan Islam hari ini kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan memfitnah dan melabel satu sama lain yang berterusan sejak sekian lama dalam parti.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam berkata, pihaknya pada mulanya menyertai PAS kerana mengharapkan sesuatu yang lebih harmoni dengan ajaran Islam.

Namun, katanya, mereka terpinga-pinga dan terkejut dengan suasana fitnah-memfitnah dan aktiviti label-melabel yang berlaku dalam PAS.

"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.

"Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Beliau mendakwa, ulama PAS yang tidak memainkan peranan mencegah perbuatan itu menyebabkannya terus bermaharajalela dalam parti.

Katanya, sebagai organisasi bukan Islam, DHPP mengharapkan Islam yang dibawa PAS menerusi kepimpinan ulama dapat memberi keselesaan dan keadilan dalam hidup masyarakat berbilang kaum.

"Saat kami ingin menumpang Islam yang dibawa PAS, janganlah pula hasrat ini hancur dengan amalan fitnah, label, mungkir janji dan seumpamanya.

"Jika sering melaungkan Islam adalah segala penyelesaian, maka buktikanlah masalah ini dapat diselesaikan secara Islam," katanya.

Balasubramaniam berkata, orang bukan Islam ingin melihat amalan mengikut Al-Quran dan hadis direalisasikan di kalangan ahli dan pemimpin PAS, dan bukan hanya berdasarkan ucapan semata-mata.

Beliau tidak menolak hakikat Barisan Nasional (BN) berhak menang pilihan raya kerana gerak kerja yang dikatakannya lebih bersatu dan tersusun berbanding PAS.

"Saya tak pasti apakah benar Tuhan redha. Mungkin kerana kita tidak bersatu hati atau tidak berjaya membina persepsi yang baik di kalangan pengundi.

"Tetapi saya yakin, Tuhan tentu lebih suka kita menang bersama Pakatan Rakyat," katanya. 
-TMI



ULASAN GB

Ulama PAS perlu jawab persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan profesyena. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak P_AS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?

Mungkin PAS sudah terasa kuat untuk berdiri sendiri seperti sindiran bekas Tmbalan presiden, Mohd Sabu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.