`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 24, 2015

(Terkini) Foto Dan Video - 717 Jemaah Mati.. Tiada Jemaah Malaysia Yang Terlibat Insiden Rempuhan Di Mina




Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi. 

Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah. 

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. 

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. 

- Bernama,


---------------------------------------------------------------------------------------------


MINA - ARAB SAUDI . [DIKEMASKINI] Sehingga kini tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan yang mengorbankan lebih 300 orang, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, jumlah terkini kematian dalam insiden tersebut adalah 310 orang dan 450 orang cedera.

"Kejadian ini berlaku pada 11.30pagi di persimpangan jalan 204-223 dan bukan di kompleks jamrah untuk melontar.

"Insiden ini berlaku di kawasan perkhemahan negara Arab yang terletak jauh dari khemah Malaysia," katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Jemaah haji Malaysia ditetapkan melontar pada 5.30pm dan 8.00pm secara berperingkat. Waktu puncak adalah ketika dhuha dan kejadian berlaku pada masa itu. Kita sudah nasihat jemaah untuk tidak lontar luar jadual," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai laporan di media sosial kerana terdapat maklumat yang tidak sahih.

Katanya, maklumat dari masa ke semasa akan diberitahu kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika ada jemaah Malaysia yang terlibat.

"Ramai yang risau keadaan jemaah. Jangan risau, teruskan berdoa. Sebarang maklumat boleh hubungi petugas Tabung Haji. Jangan percaya khabar angin," katanya. 




----------------------------------------------------------------------------



Terkini : Foto Dan Video Lebih 310 Maut Di Mina, 450 Cedera Insiden Rempuhan 


MINA: Sekurang-kurangnya 220 orang maut dalam insiden rempuhan manusia yang berlaku di Mina, lapor Kementerian Pertahanan Awam Arab Saudi memetik laporan dari AP.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 400 jemaah yang lain cedera di dalam kejadian itu.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sekiranya ada jemaah Malaysia yang terlibat.

Rempuhan berlaku ketika jemaah haji sedang melontar jamrah di Mina.

"Kita ada insiden rempuhan di Mina dan kini kementerian pertahanan sedang menguruskannya ", kata jurucakap Brig. Gen. Mansour Al-Turki.

Pihak Arab Saudi telah mengerahkan 4,000 pekerja dan 220 ambulan ke Mina untuk menguruskan insiden.

Pihak Arab Saudi telah mengesahkan angka kematian telah meningkat kepada 310 orang dan angka kecederaan meningkat kepada 450 orang.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.