
Pergh!!!! semenjak Ahli Parlimen Langkawi YB Dato' Ir Nawawi Ahmad dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB pelbagai kenaikkan kadar tambang komuter dinaikkan ... terbaru kanak-kanak umur 7 tahun keatas sudah dikenakan caj harga tambang tiket dewasa.
Kalau apa yang diberitahu ini benar maka makin bertambah kemarahan rakyat kepada kerajaan kini.
Yang menggunakan perkhidmatan komuter adalah golongan yang berpendapatan sederhana kebawah suatu kelompok yang cukup besar dalam senarai pengundi berdaftar dinegara ini.
Kelompok ini sudah mula memberontak jiwa mereka akibat tekanan kos sara hidup semakin meningkat saban bulan. Jika tidak dikengkang sudah pasti rasa berontak dan marah mereka akan diterjemahkan dalam bentuk undi tiba PRU ke-14 nanti.
Masalah besarnya perkhidmatan komuter KTMB ialah yang tidak efisien, tidak mesra pelanggan dan sering amat tidak tepat jadual perjalanan. Mutu perkhidmatan semakin teruk merudum apabila Ahli Parlimen Langkawi ambil alih sebagai Pengerusi KTMB.
Jangan terlalu sangat kejar keuntungan nanti yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Kejar nak kurangkan kerugian nanti kerajaan yang digenggam terlucut dari tangan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.