..kerana gagal mengawal kenaikan kos sara hidup.
Kenaikan ini berlaku akibat polisi kerajaan yang caca merba, tidak ada visi serta acapkali kelihatan mengarut dan kedengaran tolol sekali.

April 2015 – GST akan turunkan harga barang!
Ahmad Maslan seperti bosnya, bercakap seperti orang yang tidak tahu akan keburukan kesan GST ke atas kos sara hidup rakyat.
Malah beliau menempelak para pengkritik yang khuatir akan kesan GST dan kenaikan harga barang.

Kerajaan cuba menurunkan harga barang dengan memperkenalkan GST?! Adakah ini jenaka terhebat dekad ini?
Apabila Tun Dr Mahathir juga memberi amaran kepada kerajaan bahawa GST akan memberi impak negatif ke atas kos sara hidup rakyat, dengan bongkaknya Ahmad Maslan mengherdik Tun Dr Mahathir dengan menyuruhnya belajar mengenai GST.

Amat seksa melihat kebodohan ahli kabinet yang terang terang bukannya mahir tentang GST
Seluruh menteri kabinet juga bersama-sama dengan Ahmad Maslan mempertahankan GST dengan berkata ianya tidak akan menaikkan harga barang. Inilah kebodohan ketara apabila cuba membodek polisi yang diperkenalkan Perdana Menteri. Ternyata ianya menyusahkan rakyat dan tidak wajar diperkenalkan buat masa ini.
Akhirnya Ahmad Maslan terpaksa mengaku bahawa kos sara hidup makin meningkat dan menjilat ludahnya semula..

“Kos sara hidup yang tinggi adalah realiti pada masa kini” – hanya ini saja jawapan beliau
Sekarang beliau dan beberapa ahli kabinet lain kelihatan menggelabah dan cuba memberi ‘nasihat’ kepada rakyat supaya membuat dua kerja dan menyuruh supaya menambahkan pendapatan. Padahal dahulu telah menyakinkan rakyat bahawa GST akan menurunkan harga barang! Adakah sudah berlaku pembohongan? Adakah kita patut menpunyai para pemimpin yang membohong?
Yang lebih menyakitkan hati, di dalam tahun 2013, kerajaan pimpinan Perdana Menteri ini telah menubuhkan makmal kos sara hidup untuk membantu meringankan beban rakyat. Tapi apa yang sebaliknya berlaku? Mereka mengenakan GST dalam tahun 2015!

Keputusan kajian dari makmal ini adalah supaya menyusahkan lagi rakyat dengan memperkenalkan GST
Oleh itu kami rakyat merasa gusar kerana Timbalan Perdana Menteri telah mewar-warkan bahawa mereka akan menubuhkan satu lagi jawatankuasa utuk berbincang mengenai kos sara hidup. Apakah kos sara hidup akan meningkat naik lagi selepas ini?

Seakan seperti tikus membaiki labu
Jika kita dipimpin oleh kerajaan yang sudah tidak ada idea untuk mensejahterakan lagi rakyat, maka baiklah mereka semua letak jawatan kerana ada risiko Malaysia akan jatuh lebih teruk lagi. Jika setakat mendengar sahaja tapi tidak mengetahui dan tidak tahu mengatasi perkara-perkara asas kepada masalah tersebut, lebih baiklah jangan jadi pemimpin.

Janji pilhanraya pun susah nak ditepati
-jebatmustdie

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.